Mengejutkan, Kamara Di-boo Dan Diejek Rasis Oleh 10,000 Penyokong Kanak Kanak

Rangers tewas dalam aksi UEL berdepan dengan Sparta Prague. Di mana David Hancko menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan tersebut.

Kekalahan ini bermakna skuad bimbingan Steven Gerrard itu memerlukan kemenangan dalam aksi berikutnya berdepan dengan Brondby.

Rangers akan beraksi tanpa Glen Kamara selepas pemain tersebut dilayangkan kad merah dalam aksi semalam.

Dalam perlawanan tersebut Sparta Prague dilarang bermain di hadapan penyokong mereka di Prague.

Mereka diarahkan bermain di dalam stadium kosong selepas insiden rasis melibatkan penyokong Sparta Prague ke atas pemain AS Monaco, Aurelien Tchouameni.

Namun begitu, ketika aksi di antara Sparta dengan Rangers, UEFA memutuskan bahawa 10,000 penyokong terdiri daripada kanak kanak bawah 14 tahun dibenarkan masuk.

Yang paling mengejutkan adalah kanak kanak ini telah mengejek Kamara dengan boo setiap kali pemain itu menyentuh bola.

Kamara sebelum ini menjadi mangsa serangan perkauman dalam aksi berdepan dengan pasukan rival Sparta Prague iaitu Slavia Prague pada musim lalu.

Insiden tersebut melibatkan pemain Slavia Prague, Ondrej Kudela yang mengeluarkan kata kata perkauman ke atas Kamara.

Di mana keadaan menjadi sangat tegang pada ketika itu kerana Kamara sangat marah dengan Kudela.

Insiden yang melibatkan Kamara diejek oleh kanak kanak ini sangat mengejutkan ramai pihak. Kerana ramai yang tidak menyangka bahawa kanak kanak pun melakukan perkara tersebut ke atas pemain seperti Kamara.

Peguam Kamara sudah mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa dua kelab Republik Czech itu sebenarnya berdepan dengan masalah rasis yang kritikal.

Beliau meminta UEFA melakukan tindakan lebih tegas. Ini kerana bukan sahaja Kamara yang diboo ketika menyentuh bola, malah pemaian pemain berkulit hitam yang lain turut menjadi sasaran ejekan penyokong.

Peguam Kamara, Aamer Anwar berkata: “Saya diberikan harapan baru setelah UEFA memutuskan aksi diadakan dalam stadium kosong, agar Glen dan pemain pemain berkulit hitam yang lain tidak berdepan dengan serangan perkauman serta fokus kepada aksi bola sepak.”

“Namun malam ini adalah satu perkara yang sangat memalukan untuk pasukan Republik Czech itu, walaupun penyokong dilarang masuk, masih tak dapat mengubah keadaan ketika 10,000 kanak kanak sekolah dibenarkan masuk.”

“Sebahagian besar kanak kanak ini menge-boo Glen Kamara setiap kali dia menyentuh bola, begitu juga dengan pemain pemain berkulit hitam yang lain.”

“Malam ini menunjukkan sekali lagi bahawa Prague ada masalah dengan rasisme dan macam biasa, UEFA pun kita tak tahu mereka di mana?”

“Glen dan pemain pemain Rangers yang lain menunjukkan sikap profesional mereka namun tidak seorang pun pemain di dunia ini patut berdepan dengan perkara seperti itu.”