Mengejutkan, Klopp Membelanjakan 33 Ganda Lagi Rendah Daripada Guardiola Untuk Kejuaraan EPL Sulung

Perbelanjaan bersih Liverpool kelihatan mengejutkan berbanding juara Liga Perdana Inggeris yang lain.

Liverpool hampir menikmati sepanjang minggu sebagai juara Liga Perdana.

Selepas 30 tahun tanpa gelaran liga, akhirnya tiba masanya Kopites di seluruh dunia menikmati kejuaraan.

Namun, yang paling menggembirakan mereka adalah cara di mana Jurgen Klopp membuat sejarah dengan mudah menamatkan dominasi Man City dengan jurang mata yang sangat jauh.

Pertama dan terpenting, Liverpool memainkan jenama bola sepak mereka yang signifikan iaitu ‘heavy metal football’ yang menjadikan mereka pasukan blockbuster untuk ditonton.

Di mana mereka dengan cepat beralih dari fasa pertahanan ke serangan dengan kepantasan dan semangat yang menakjubkan.

Namun, sifat kemenangan mereka juga menjadi bukti bagaimana mereka membuktikan bahawa, mereka mampu melakukannya dengan tanpa berbelanja besar.

Terutama sekali perbelanjaan yang dibandingkan dengan pasukan juara Pep Guardiola 2017/18 dan 2018/19.

Jom lihat kedudukan carta Liga Perdana Inggeris dari segi perbelanjaan bersih sejak lima tahun kebelakangan ini dengan City jelas menduduki tempat teratas dengan £601.98 juta.

Dengan kata lain, The Citizens telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat mengejutkan dengan sedikit pulangan untuk mendapatkan dua gelaran Liga Perdana Inggeris dalam jangka masa tersebut.

Sebaliknya, Liverpool berada di kedudukan ke-14 dengan perbezaan £107.58 juta, yang hampir setengah bilion lebih rendah daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan di Stadium Etihad.

Tetapi ianya tidak berakhir di situ, kerana terdapat grafik baru Liga Perdana Inggeris yang telah memperlihatkan tahap kecekapan perbelanjaan Liverpool sekali lagi.

Gambar itu, yang menjadi viral di media sosial, menunjukkan jumlah perbelanjaan perpindahan yang dilakukan oleh juara Liga Perdana Inggeris sejak 10 tahun terakhir pada musim panas dan musim sejuk lalu yang membawa kepada kejuaraan mereka.

Apa angka perbelanjaan untuk Liverpool?

£8.6 juta sahaja, angka yang pecah kepala untuk difikirkan. Yup. Itu sahaja.

The Reds memasuki musim ini dengan menghabiskan £1.3 juta untuk Sepp van den Berg – Adrian tiba dengan perpindahan percuma – sebelum membeli Takumi Minamino dengan £7.25 juta pada musim sejuk.

Lihat sahaja bagaimana Liverpool dibandingkan dengan pendahulunya.

Lantas ramai berpendapat kejayaan Liverpool ini bukannya dibina dalam masa singkat. Ia membuktikan mereka membina projek yang berkesinambungan termasuk pada 2018/19.

Adalah mengejutkan apabila mengetahui fakta bahawa City menghabiskan 33 kali ganda lebih banyak wang untuk memenangi gelaran liga pertama mereka di bawah kendalian Guardiola dan Chelsea meledak 13 kali ganda lebih banyak ketika kepulangan semula Jose Mourinho.

Ya, memang Liverpool membelanjakan wang yang banyak untuk Virgil van Dijk dan Alisson Becker, tetapi penjualan Philippe Coutinho bermaksud mereka melakukannya dalam sumber atas jualan pemain berbanding dengan pesaing mereka.

Satu-satunya pasukan yang memenangi liga sejak 2010 dengan perbelanjaan lebih sedikit daripada Liverpool adalah kedua Manchester United pada 2010/11. Pada ketika itu kadar inflasi harga pemain memang tidak seteruk hari ini.

Apapun, kita dapat pelajari bahawa, percaya kepada projek yang dibina dan membeli apabila perlu sahaj.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi