Mengejutkan, Lampard Terbuka Kritik Werner Dan Puji Jorginho

Frank Lampard musim ini sudah beberapa kali menyalahkan pemain beliau dan mengkritik mereka secara terbuka.

Tindakan Lampard itu dianggap agak merbahayakan dirinya. Kerana dia boleh hilang kawalan di bilik persalinan Chelsea. Terutama sekali skuad The Blues yang serba bintang.

Selepas kalah di tangan Arsenal, Lampard meminta pemainnya turut bertanggungjawab dan melabel ada beberapa pemainnya yang malas di atas padang, punca Arsenal mendapat dua gol awal.

Dan selepas itu, Lampard memberikan kritikan paling pedas kepada Timo Werner yang kini sudah 10 perlawanan tak jumpa gol.

Pemain yang dibeli £45 juta itu dikeluarkan pada separuh masa dalam aksi kekalahan 3-1 Chelsea di tangan Arsenal. Lampard sangat tak puas hati dengan prestasi Werner serta pemain lain.

Lampard menjelaskan, Werner tidak memberikan persembahan yang cukup bagus sepanjang 45 minit.

Sebelum ini Lampard seringkali mempertahankan penyerang mahalnya itu. Namun tidak kali ini. Lampard berkata:

“Kita akan tengok sama ada dia akan direhatkan. Sudah tentunya, bola yang tak masuk adalah perkara yang akan menjadi penilaian kepada seseorang penyerang.”

“Untuk hari ini, Timo tak cukup bagus menyumbang kepada kami [pasukan] sama ada ketika dengan bola ataupun tanpa bola.”

“Namun, kami harus memberikannya masa. Saya terus berkata begini kerana ini liga berbeza. Tetapi pada masa yang sama, kita harus cepat mendapat rentak.”

“Kita akan menilai tahap keletihannya. Saya akan bercakap dengan dia, Namun saya rasa saya harus melakukan pertukaran yang mampu mengubah keputusan perlawanan.”

Seorang peminat Chelsea menyatakan Lampard tidak seharusnya memetik nama seorang pemain secara spesifik secara umum.

Bambang Kajairi berkata: “Saya tak rasa Werner akan menerima benda ni. Memetik nama pemain secara umum adalah tidak bagus dari sudut psikologi.”

 

Ditanya tentang tugasan penalti, bukankah sebelum ini Jorginho sudah digantikan dengan Werner?

Ini kerana Jorginho sebelum in sudah gagal melakukan beberapa penalti. Dan ada yang menyatakan Werner seharusnya diberikan tugasan utama itu.

Lampard berkata: “Itu saya tak nak komen buat masa ni. Aksi Jorginho bagus, dia memberikan banyak sumbangan pada separuh masa kedua. Jadi kita akan lihat penalti [selepas ini dan menentukan siapa jadi pelaksana] dan terus maju.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di