Pelumba sensasi Repsol Honda yang juga juara bertahan, Marc Marquez dilaporkan sudah berada di Jerez pada Khamis.
Sebelum ini Marquez menjalani pembedahan di bahagian lengannya kerana kesan kemalangan dalam perlumbaan sebelum ini.
Marquez kehilangan kawalan pada beberapa pusingan terakhir perlumbaan.
Beliau awalnya dijangka tidak akan terlibat dalam perlumbaan berikutnya di Andalusia.
Namun ternyata, Marquez sudah bersedia untuk berlumba.
Marc Marquez ingin menguji dirinya dengan tampil dalam sesi latihan bebas pertama MotoGP Andalusia 2020 di Sirkuit Jerez, pada Jumaat sebelum membuat keputusan sama ada beliau boleh berlumba atau sebaliknya.
Namun apa yang pasti Marc Marquez diberikan lampu hijau untuk sesi latihan pada hari ini.
Fit to ride ✅ pic.twitter.com/vOIvlCFkYF
— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 23, 2020
Repsol Honda menerusi Twitter mereka menyatakan: “Setelah menjalani pembedahan yang sukses pada Selasa, Marc Marquez menuju kembali ke Jerez,”
Dr. Xavier Mir yang membedah Marquez sebelum ini menegaskan beliau tidak pasti bila Marquez akan pulih sepenuhnya.
Namun, Mir mengakui dia tidak akan terkejut jika Marquez mampu kembali tampil di MotoGP 2020 pada minggu ini.
“Orang biasa dengan cedera seperti ini memerlukan waktu lapan minggu untuk pulih, jika bernasib baik, enam minggu.”
“Kami akan melihat kondisi Marquez. Dia dan beberapa pelumba MotoGP lain mengejutkan saya dengan waktu pemulihan, kerana mereka mampu menjalani rehabilitasi lebih cepat,” ujar Mir.
Marquez kini sudah tertinggal 25 poin dari Fabio Quartararo di dalam carta MotoGP 2020 buat masa ini. Namun segalanya masih terlalu awal.
Juara dunia Grand Prix lapan kali tersebut bertekad tidak kehilangan mata lebih banyak dengan memaksa dirinya tampil di MotoGP Andalusia 2020.