Mengejutkan! ‘Oyen’ Tunjuk Bakat Baru, Minum Air Terus Dari Water Cooler

Oyen (gelaran kucing oren di kalangan pencinta kucing) sudah beberapa kali buat hal sejak akhir akhir ini.

Dan kali ini, kucing oren seolah olah menunjukkan kepada kita manusia bahawa dia sedang memimpin evolusi baharu di kalangan puaknya.

Satu video dikongsi di Twitter memaparkan oyen minum air daripada water dispenser dengan gaya seorang manusia yang minum terus tanpa cawan.

Video 11 saat itu memaparkan seekor kucing comel itu meminum air daripada water cooler. Dan ada yang menyatakan prinsip Oyen kali ini adalah: “Memperbaiki, beradaptasi dan mengatasi.”

Ini selepas kucing itu seolah olah mengikut perlakukan manusia dengan satu adaptasi yang biasa hasil pemerhatiannya setiap hari.

Korang mesti selalu tengok kawan korang minum terus air daripada water cooler kat sekolah tu, ataupun terus daripada pili air.

Netizen mulai bergurau dengan video tersebut. Ada yang menganggap kelakuan itu adalah petanda bahawa kita perlu berhati hati dengan kucing lepas ni.

Habis semua benda nak ditirunya.

Akki yang berkongsi video itu meletakkan kapsyen: “Hentikan dulu apa saja benda korang buat, dan tengok kucing ni minum air terus dari water cooler.”

Neil Sharma berkata: “Adakah itu kelakuan normal seekor kucing?.”

Kucing memang suka minum air. Mereka biasanya menadah lidah mereka kat kepala paip yang ada titisan air kalau tak ada air kat bekas di lantai.

Tapi untuk kucing yang jenis oyen di atas ini, yang siap menekan water cooler ianya adalah perkara yang luar biasa. Ianya pernah terjadi sebelum ini, tetapi ianya sangat rare.

Ada beberapa perkongsian di internet oleh tuan kucing tentang bagaimana kucing mereka meminum air dari water cooler.

Tengok aksi kucing di bawah ini, kemain lagi dia.

Ada juga yang pernah mengalami pengalaman yang sama. Seorang netizen menyatakan dia pernah melihat perkara yang sama pada kucing dia bela satu ketika dahulu.

Dan dia sangat terkejut.

Oyen kacau kucing hitam sehingga menyalak seperti anjing

Sebelum ini seorang tuan kucing telah menonton pets camera setelah mendengar barang barang di dapur terjatuh kerana kucingnya.

Agak mengejutkan apabila ketika menonton semula video itu, beliau mendapati kucing hitamnya menyalak seperti seekor anjing.

Seekor kucing hitam Nerien menjadi viral setelah tampil menyalak seperti anjing ke arah seekor kucing Kelvin.

Tuan kucing tersebut ada dua ekor kucing dan membela seekor anjing. Dan kucing kucing itu saling berkejaran di dalam rumah.

Dengan salah seekor daripadanya melompat ke atas peti sejuk dan menakutkan kucing yang berwarna oren dengan menyalak seperti seekor anjing.

Dia terkejut sebaik sahaja memeriksa CCTV mendpati kucing hitamnya menyalak seperti anjing. Niat asal dia nak melihat kelakuan dua ekor kucing itu dan impak kerosakan jika ada.

Lain macam psywar si Nerien ni.

Rakaman yang ditangkap pada kamera haiwan peliharaan /pets camera itu telah mengejutkan internet setelah muncul menunjukkan kucing melakukan aksi seekor anjing yang menyalak.

Video itu, yang diposkan ke akaun Instagram @ginger_cat_and_vizslas, menunjukkan aksi kucing hitam Nerien dan Kelvin memaksa pemiliknya pergi ke dapur.

Nerien dilihat melompat ke peti sejuk sebelum berpaling semula menghadap rakannya dan kelihatan menyalak ke arahnya.

Nerien itu kemudian turun semula dan berkejaran sekali lagi dengan Kelvin. Memang huru hara dua ekor ni kerjakan dapur tu.

Pemilik kepada kucing tersebut,Joule berkongsi dengan Daily Star tentang apa yang berlaku.

“Saya membuat sedikit kerja di halaman dan tiba tiba mendengar kekacauan terjadi di rumah.”

Joule percaya hari itu Nerien tidak begitu baik moodnya. Jadi dia mempertahankan diri daripada diganggu oleh Kelvin.

Kedua dua ekor kucing itu memang rapat. Dan seringkali bermain dan bekejaran di rumah.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.