Mengejutklan! Davvy Propper Bersara Pada Usia 31 Tahun Kerana Dah Tak Seronok Main Bola

Davy Propper, telah memutuskan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional pada usianya baru 31 tahun.

Biasanya pemain bersara awal ni atas alasan kecederaan ataupun yang sewaktu dengannya. Pemain seperti Christian Eriksen masih bertarung cuba mempertahankan karier mereka walaupun ada masalah jantung.

Daley Blind memakai alat bantuan jantung untuk memastikan dia terus beraksi di Ajax. Semuanya kerana mereka cintakan kariernya mereka.

Namun tidak bagi Propper!

Alasan Propper bersara adalah kerana dia sudah tidak seronok lagi menjadi pemain bola sepak profesional. Dia hilang keriangan dan keceriaan dan menganggap bola sepak profesional membuatkan hidupnya terkongkong.

Propper menyatakan bahawa jadual sebagai seorang pemain profesional sebagai leceh. Ia membuatkannya sudah hilang semangat seperti kanak kanak riang ketika bermain bola sepak.

Propper menyertai Brighton pada 2017, ketika iti dia dibeli dengan rekod perpindahan kelab sebanyak £11.7 juta. Dia menikmati empat tahun di Stadium Amex, di mana dia bermain 121 kali untuk Brighton.

Bagaimanapun, semakin lama Propper berada di Brighton, semakin dia merasakan kerjayanya mula merosot. Dia mulai bergelut dengan prestasinya. Semuanya kerana dia semakin tak menikmati bola sepak.

Dia hanya bermain 11 perlawanan untuk Brighton musim lalu kerana banyak dilanda kecederaan. Dia akhirnya mencari suasana bola sepak yang lebih baik untuk mengembalikan semula prestasi dan kecintaannya kepada bola sepak.

Pemain Belanda itu memutuskan untuk kembali ke negara asalnya musim panas lalu, menyertai semula PSV dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Paling mengejutkan apabila saingan belum selesai, atau pertengahan musim 2021/2022, Propper mengumumkan dia akan menggantung but pada 4 Januari 2022. Dia bermain 15 perlawanan untuk PSV Eindhoven musim ini.

“Saya membuat keputusan sebelum Krismas dan ia melegakan. Oleh itu, saya tahu ini adalah pilihan yang tepat,” kata pemain berusia 30 tahun itu dalam satu kenyataan kelab.

“Sepanjang berada di luar negara, saya sedar bahawa saya perlahan-lahan kehilangan keseronokan bermain bola sepak. Saya mendapati sangat sukar untuk mendapatkan disiplin yang diperlukan untuk melakukan secara optimum dan membiarkan hidup saya sepenuhnya ditentukan oleh jadual bola sepak yang padat,” katanya .

“Tempoh pandemik dan kurangnya kunjungan dari keluarga dan rakan ketika saya di England juga tidak baik untuk perkembangan kerjaya saya,” tambahnya.

Propper, yang memulakan kariernya bersama Vitesse, juga berkata dia berharap kembali ke PSV, akan membantunya mengubah fikirannya. Kerana PSV merupakan kelab yang dia sayangi dan beliau pernah bermain di situ sebelum ke Brightong. Namun malangnya, itu tidak membantu.

“Saya sangat berterima kasih kepada kelab ini [PSV] kerana membawa saya pada musim panas ini,” tambahnya.

“Saya berharap dengan kembalinya saya ke Belanda keseronokan bola sepak akan kembali. Malangnya, ia tidak semudah itu, sebahagiannya kerana saya tidak selesa dengan budaya bola sepak.”

“Masih juga saya menyesuaikan diri dengannya untuk masa yang lama dan kadang kadang menutup ketidakgembiraan saya. Saya tidak mahu lagi bermain bola sepak dan itulah sebabnya saya sudah selesai dengannya sekarang.”

Propper menjelaskan dia memang tidak merancang langsung untuk bersara awal. Oleh sebab itu dia masih belum ada perancangan untuk masa depannya.

“Saya akan mengetahui dengan tepat apa yang saya mahu, di mana terletaknya minat dan minat saya dan apa yang saya mahu buat,” katanya.

“Sudah tentu saya juga mempunyai banyak detik indah dalam bola sepak yang saya hargai. Adakah saya akan merindui untuk bermain bola sepak? Kita akan lihat. Buat masa ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan atas segala sokongan yang saya terima daripada mereka. Sekarang saya mempunyai masa untuk diluangkan pada mereka.”

Walaupun ramai yang menganggap tindakan Propper ini sebagai tidak masuk akal dan ada yang menuduhnya jenis tak reti bersyukur dengan kerjayanya, ada juga yang berpendapat Propper secara tak langsung mencerminkan betapa teruknya jadual seorang pemain profesional.

Walaupun ramai memperlekehkan keputusannya, malah melabel Propper jenis tak bersyukur dengan kerjayanya yang menjadi impian jutaan manusia lain di luar sana.

Namun ramai juga faham dengan keputusan Propper. Kerana jadual pemain profesional di Eropah terlalu padat sehingga tidak ada masa untuk keluarga. Itupun FIFA masih ada hati nak buat Piala Dunia 2 tahun sekali kata mereka lagi, dalam jadual yang sangat padat.

Baca yang lain