Mengidolakan Rancho ‘3 Idiots’, Lelaki 24 Tahun Nahas Selepas Buat Helikopter Rujuk YouTube

Seorang lelaki yang berhenti sekolah awal telah mencipta helikopter buatannya sendiri. Sheikh Ismail Sheikh Ibrahim merupakan lelaki berusia 24 tahun yang sangat meminati Ranchodas dalam filem 3 Idiots.

Dia mahu menjadi seperti Ranchodas, mencipta sesuatu dengan kepakarannya tersendiri. Lalu dia mencipta chopper/ helikopter protataip.

Malangnya, Sheikh Ismail meninggal dunia ketika melakukan ujian helikopter tersebut selepas kipas helikopter itu pecah terkena pada lehernya.

Sheikh Ismail seringkali mahu membantu kampung halamannya agar dikenali di mata dunia. Lalu dia memutuskan untuk mencipta sesuatu yang akan menjadi perhatian global.

Sheikh Ismail meluangkan masa bertahun tahun untuk menghasilkan chopper yang diberikan nama ‘Munna Helicopter’ itu.

Rakannya bernama Sachin memberitahu Times Of India: “Ismail sangat terinspirasi dengan watak Rancho dalam filem ‘3 Idiots’,”

“Ismail mahu melakukan sesuatu yang unik dan dia memutuskan untuk membina helikopter di kampungnya. Selepas dia mengumpul kesemua informasi tentang rekaan helikopter, dia telah menonton video di YouTube tentang cara cara menghasilkan helikopter buatan sendiri.”

“Dia terus memulakan projek impiannya itu. Dan hampir dua tahun dia mengumpul kesemua komponen yang diperlukan. Dia juga menyatakan dia sudah sedia untuk mempamerkan helikopter 1 tempat duduh yang dibina deripada paip besi yang dikimpal yang dimasukkan enjin Maruti 800.”

Ismail memilih tarikh hari kebangsaan negaranya untuk melancarkan helikopter itu ke udara. Sebelum hari pelancaran itu, Ismail memeriksa terlebih dahulu helikopter itu pada 10 Ogos lalu di hadapan rakan rakannya.”

Mereka melihat Ismail mulai menghidupkan enjin dan kipas helikopter mulai berpusing sangat laju.

Tiba tiba kipas di belakang tercabut dan terkena kipas utama, dan terkena pada leher Ismail.

Rakan rakannya bergegas untuk cuba membantu Ismail. Dia dikejarkan ke hospital berhampiran Pusad. Malangnya, belum sempat Ismail menerima rawatan, dia sudah meninggal dunia.

Seorang lagi rakannya mengesahkan bahawa Ismail seringkali memeriksa dan menguji helikopternya. Dan sebelum ini dia pernah berjaya terbang dengan helikopter itu sekitar 5 kaki di atas udara.

Selalunya dia akan memakai topi keselamatan dan fon telinga. Tetapi pada hari itu, Ismail tidak memakai mana mana perkakasan keselamatan.

Ismail berhenti sekolah awal dan bekerja di bengkel abangnya.

Ramai yang menghargai kegigihan Ismail. Namun mereka juga mengingatkan kepada generasi muda yang lain betapa pentingnya pendidikan formal yang dilengkapi dengan keselamatan yang bagus dalam projek berisiko seperti itu.

Ramai yang simpati kepada pemergian Ismail terutama sekali orang di kampungnya yang seringkali menganggap Ismail sebagai seorang genius.

Video kejadian tersebut tular di serata dunia.

NOTA EDITOR: Video ini mungkin akan membuatkan anda triggered dan tak selesa. Tonton atas tanggungjawab sendiri.

Sumber: Yahoo News

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.