Meninggal Terminum Bleacher, Kerana Leka Bermain PUBG

Seorang pemuda di India telah meninggal dunia kerana terlalu khusyuk bermain PUBG dan terminum bleacher, ataupun kita semua panggil bleacher tu clorox. Tak kisahlah jenis apa pun kan?

Saurabh Yadav, 20, telah  menaiki keretapi bersama rakannya, Santosh Sharma. Ketika di dalam perjalanan, Saurabh telah membuka PUBG untuk chicken dinner.

PUBG merupakan salah satu permainan video dalam telefon pintar yang sangat popular di seluruh dunia.

Saurabh terlalu fokus dan dahaga. Dengan matanya fokus di telefon pintar, tangannya pula mencapai botol berdekatan dengannga lalu meminumnya. Dia ingatkan benda tu botol air minuman.

Rupa-rupanya itu adalah bahan peluntur. Kejadian itu berlaku ketika di dalam keretapi ke Agra.

Akibat daripada kesan meminum clorox itu, dia merasakan ada benda tak kena. Dan terasa panas dekat perutnya dan organnya.

Barulah dia sedar sebenarnya dia telah terminum air bleacher yang berasid tinggi.

Rakan dia panik dan terus meminta bantuan. Dia menyuruh operator keretapi untuk bergerak lebih pantas. Namun ketika keretapi itu tiba di Agra, rakannya itu sudah tidak bernyawa.

Siasatan polis mendapati, Saurabh telah tercapai botol bahan peluntur yang dibawa rakannya.

Peluntur itu sebenarnya diguanakan oleh Santosh dalam kerja-kerja sehariannya sebagai tukang emas.

Saurabh meninggal dunia kerana keracunan yang teruk akibat bahan peluntur itu.

Berhati hatilah dalam berPUBG atauapun bermain apa sahaja permainan video terutama sekali di telefon pintar korang.

Jangan asyik sangat sehingga tak sedar apa yang korang sedang lakukan.

Baca yang lain