Menjelaskan Apa Itu Ball Playing Keeper Dan Sweeper Keeper, Lihat Aksi Gila Neuer

Ramai pembaca kami tertanya-tanya dan agak keliru dalam membezakan ball playing-keeper dan sweeper-keeper. Adakah ia 2 aspek yang sama ataupun berbeza? Jom, saya ajak anda rungkai persoalan ini kali ini.

Konsep dan definisi

Ball-playing adalah merujuk kepada jenis pemain ataupun tipikal corak permainan seorang pemain. Dalam bola sepak, pemain akan dibezakan dengan gaya permainan:

1. Terhad (limited) – Tidak selesa dengan bola di kaki, dan lebih langsung (direct) di dalam permainan
2. Ball-playing – Pemain yang selesa dengan bola di kaki

Dalam 2 perkara di atas ini, ianya biasa diberikan label kepada pemain pertahanan. Dalam bola sepak, pemain pertahanan diberikan kelonggaran untuk tidak semestinya ball-playing.

Paolo Maldini sendiri menyifatkan, pemain pertahanan moden telah hilang karakter apabila terlalu ramai jurulatih yang mahukan tipikal ball-playing defender di dalam pasukan mereka.

Sweeper

Sweeper adalah posisi ataupun peranan di dalam padang. Ia merujuk kepada satu posisi pertahanan tambahan di belakang pemain pertahanan terakhir ataupu bek tengah.

Dalam sistem pertahanan berlima ataupun pertahanan bertiga, ada jurulatih menjadikan seorang pemain sebagai sweeper.

Sekiranya sweeper ini memiliki kemampuan untuk menjana hantaran berkesan seperti seorang perancang dari tengah belakang (deep-center), maka pemain itu yang dilabel Libeiro.

Itulah peranan, Franz Beckenbauer satu ketika dahulu. Dalam beberapa musim ini kita melihat peranan ini dipegang oleh Leonardo Bonucci dan juga David Luiz.

Jadi, sifatnya yang lebih bebas di belakang pemain pertahanan terakhir membolehkan ia ‘menyapu’ bola yang terlepas dari ‘sekatan’ garisan pertahanan di hadapan beliau.

Jadi, sekarang ini, kita sudah maklum yang ball-playing merujuk kepada tipikal permainan. Manakala sweeper merujuk kepada pertahanan tambahan di belakang garisan pertahanan.

Label ke atas penjaga gol

Penjaga gol bukan pemain aktif dalam gerakan di dalam padang. Jadi, pada dasarnya kesemua penjaga gol adalah terhad.

Namun pada era moden ramai penjaga gol yang boleh mengawal dengan baik bola di kaki mereka. Sebelum ini muncul nama-nama seperti Rene Higuita, Jose Luiz Chillavert, dan Rogerio Cerni yang sangat selesa dengan bola di kaki.

Mereka diberikan kebebasan oleh jurulatih untuk memanfaatkan kemampuan mereka. Maka mulalah mereka digelar sebagai ball-playing keeper.

Ball playing keeper tak semestinya seorang ‘sweeper-keeper’

Tetapi….

Sweeper-keeper kebiasaannya seorang ball-playing keeper.

Membezakan Ball playing-keeper dan Sweeper-keeper

Sebenarnya ada garis halus je nak membezakan mereka ni.

Hugo Lloris antara contoh ball-playing keeper tetapi dia tidak begitu bagus dalam sweeping bola. Anda tidak akan melihat Lloris terlalu aktif mengejar bola yang terlepas dari barisan pertahanan akhir.

Tujuan utama ball-playing keeper ini adalah untuk memudahkan binaan gerakan dari belakang menggunakan penjaga gol.

Anda ingat bagaimana Lloris yang dihukum pemain Sweden? Hal ini kerana, sistem permainan Perancis tidak begitu intergrasi dengan sistem ini.

Pemain tidak memberikan sokongan dan tindakan serta indikasi untuk menerima bola dari Lloris. Mereka memikirkan yang Lloris akan menolak terus bola tersebut.

Lloris dah terbiasa dengan sistem ini ketika di Spurs. Tidak lupa juga peranan Buffon yang diubah Conte untuk lebih ball-playing ketika bersama Itali pada Euro 2016.

Pep Guardiola dan ball playing keeper

Pep Guardiola sangat gilakan ball playing keeper dan juga sweeper keeper. Beliau pernah menyisihkan keeper legenda Man City dan menggunakan Caballero hanya kerana Caballero memiliki kualiti ball playing lebih bagus.

Dan pada jendela berikutnya beliau membeli Claudio Bravo yang merupakan ball playing keeper. Namun Bravo tidak beraksi cemerlang dan menunjukkan penurunan. Gagal mendapat rentak beliau di Barcelona.

Lalu Guardiola membeli penjaga gol mahal sekali lagi pada jendela berikutnya dengan membawa masuk Ederson Moraes. Ini kerana sistem beliau memerlukan ball playing keeper. Yang bagus dengan bola dan boleh membina permainan dari belakang.

Kualiti sweeper itu lebih kepada tambahan. Kerana paling dia nakkan adalah ball playing keeper.

Jurgen Klopp membawa masuk Alisson Becker. Dan Maurizio Sarri mendapatkan Kepa Arrizabalaga ketika di Chelsea. Kesemuanya atas dasar ball playing keeper.

Manuel Neuer

Saya sediakan satu kolum khas untuk pemain bernama Manuel Neuer kerana beliau berada dalam kelas tersendiri. Beliau seorang keeper-sweeper dan ball-playing keeper yang sangat baik.

Sebab itu Neuer dianggap penjaga gol moden yang sangat lengkap dengan sistem bola sepak moden yang dibina dengan gerakan bola rendah dari belakang.

Neur boleh menjadi pertahanan tambahan di belakang bek tengah Bayern Munich mahupun Jerman. Pada masa yang sama boleh melakukan hantaran berkesan ala pivot.

Selain Neuer, Bravo dan Ter Stegen juga antara pemain yang ada ciri-ciri Neuer tetapi Neuer di kelas tersendiri. Menariknya, penganalisis BBC melabel Bravo sebagai sekadar ball-playing keeper dan bukannya sweeper keeper.

Ederson adalah penjaga gol ball-playing. Guardiola mahukan beliau kerana kegagalan Bravo untuk menyerlah. Ederson asalnya pemain penyerang. Jadi tak hairanlah dia bagus dengan bola.

Mereka boleh menggelecek dan mengawal bola seperti outfield player ketika ada tekanan dari pihak lawan.

Ada yang merangkumkan Neuer sebagai ball-playing-sweeper-keeper.

Ramai di negara kita terus teruja melihat penjaga gol kerap menerima bola sebagai ball-playing keeper.

Namun anda harus tenang dalam memberikan label itu terlalu cepat. Lihat apa tindakan mereka selepas melakukan hantaran adakah mereka akan melakukan tindakan susulan dengan memberikan sokongan di depth/belakang.

Ini adalah contoh ketika pejaga gol Jerman, Leno tempoh hari bermain sebagai penjaga gol.

Berdasarkan gambar di atas, Leno akan melakukan hantaran (garis kuning) kepada bek tengah. Selepas menghantar bola, Leno akan bergerak (garis merah) ke titik A Kuning.

Dalam keadaan tersebut bek tengah yang menerima bola tadi ada sokongan di width (B), sebelah kiri (C) dan dalam ataupun depth (A)

Rumusan

Tidak semua ball-playing keeper adalah sweeper keeper. Kenapa jurulatih seperti Pep Guardiola menggemari sweeper-keeper?

Ini kerana mereka boleh menjadi pertahanan tambahan ketika pemain lain menyerang. City dan Bayern Munich era Guardiola kerap menggunakan sistem 3-3-5 ataupun 2-3-5 ketika menyerang.

Risiko ditewaskan dengan serangan balas dengan bola tinggi melepasi bek akhir mereka agak tinggi.

Aspek ball-playing pada penjaga gol ini menjadi kegemaran ramai jurulatih termasuk Jurgen Klopp, Mauricio Pochettino dan Luis Enrique.

Tidak semestinya penjaga gol itu kerap menerima bola atau meluru ke arah bola merupakan ball-playing keeper ataupun sweeper-keeper.

Ini kerana sudah menjadi antara tugas penjaga gol untuk meluru ke hadapan dalam waktu tertentu. Untuk penjaga gol sweeper-keeper pula mereka sentiasa bersedia di kawasan tengah.

Tetapi yang dalam gambar di bawah ini adalah ‘Neuer-Thing’.

Di Jerman ini adalah syarat utama penjaga gol untuk menjadi penjaga gol utama pasukan kebangsaan.

Bermain dengan sweeper keeper ini juga ada risiko yang tinggi. Dan ianya orang kata calculated risk. Ederson, Alisson, Ter Stegen, Neuer semua pernah kena makan dengan pemain lawan kerana kesilapan mereka ketika cuba sweeping bola.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil