Menjelaskan Bagaimana Dortmund Akan Dapat Wang Lebih Besar Kalau Kalah Final UCL

Borussia Dortmund tidak pasti sama ada mereka menang atau kalah dari segi merit kesukanan dalam final UCL yang akan datang.

Namun dari suduh kewangan dan ekonomi mereka sebenarnya sudah menang. Tidak kira apa keputusan yang mereka capai di atas padang kelak.

Ini kerana jika Borussia Dortmund bergelar juara mereka akan mendapat bonus sebanyak £17.2 juta daripada bonus kejuaraan.

Namun jika mereka kalah di tangan Real Madrid, mereka akan mendapat wang £19.3 juta. Ianya adalah bonus yang diaktifkan pada kontrak Bellingham.

Di mana Real Madrid perlu membayar Dortmund £19.3 juta jika pemain antarabangsa England itu berjaya membantu Real Madrid menjadi juara UCL dan La Liga – yang digelar big double.

Bellingham musim ini cemerlang bersama dengan Real Madrid dan membantu kelab itu menjadi juara La Liga. Serta mara ke final Liga Juara Juara Eropah.

Dortmund menjual Bellingham dengan nilai £88 juta. Dan memiliki klausa bonus yang boleh mencecah £27 juta.

£19.3 juta daripadanya terkandung pada bonus kejuaraan berganda UCL dan La Liga.

Oleh sebab itu, Dortmund akan menjana lebih banyak wang daripada kekalahan berbanding dengan kemenangan.

Namun dalam bola sepak pastinya Dortmund sedar bahawa kejuaraan UCL akan memberikan mereka lebih banyak keuntungan di masa akan datang.

Ini cuma cerita bahawa dari sudut ekonomi Dortmund sudah pun menang besar dengan kejayaan mara ke final UCL menentang pasukan yang ada Jude Bellingham, Real Madrid.