Menjelaskan Bagaimana Perubahan ‘Demi Taktikal’ Dibuat Ten Hag Menyebabkan Maguire Tersesat Lorong

Tertular video Maguire ditegur David De Gea kerana telah membuatkan semua pemain lain tersilap lorong di dalam terowong sebelum masuk ke padang.

Peminat Manchester United menyatakan bahawa mereka benar benar malu dengan Maguire. Ini selepas insiden di terowong menyaksikan De Gea seperti bengang dengan pemain itu.

Gambar De Gea berkata sesuatu dengan gaya yang tegas kepada Maguire telah dikongsi peminat. Ada yang merasakan De Gea tak berpuas hati dengan kualiti pertahanan pasukannya dan menembak Maguire.

Sebenarnya, bukan begitu. De Gea dilihat bengang kerana Maguire telah membawa mereka berdiri di lorong yang salah. Dengan beberapa pemain Brighton memandang ke arah mereka dengan gaya sinis.

De Gea dengan tegas meminta Maguire menukar lorong tersebut. Kerana mereka harus sentiasa berada di kedudukan yang betul.

Maguire yang dengan wajah sedikit malu namun control macho telah meminta untuk bertukar lorong dengan pemain Brighton. Kapten Brighton dengan segera mengajak pemain pemain lain bertukar tempat.

Peminat United bernama Latif geli hati melihat kapten mereka: “Hangpa tengoklah sendiri noh, kapten kita. Entah apa la dok ada dalam kepala kelab kita ni nohh, hareyy.”

Di ruangan komen ada yang tidak percaya kini Maguire memasuki tahun keempatnya bersama Man United dan sudah bertahun tahun lamanya menjadi kapten mereka.

Ada juga yang berkata, bayangkan perasaan Ronaldo jika dia berada di situ, silap silap dia terus balik ke rumah.

Seorang lagi warganet menyatakan bahawa dia sudah putus urat ketawa dengan Maguire ni.

Kenapa Maguire boleh tersesat?

Sebenarnya, dia masih fikir yang Man United masih berada di lorong yang sama. Lorong tersebut diubah oleh Erik Ten Hag.

Segalanya berlaku, kerana baru baru ini Ten Hag menukar tempat duduk pemain simpanan Manchester United. Di mana pengurus itu mahu pemain pemain simpanan Man United duduk lebih dekat dengan penyokong mereka — menurut laporan Manchester Evening News.

Perubahan itu sekaligus mengubah tradisi tempat duduk teknikal Man United sejak era Sir Alex Ferguson. Namun Ten Hag ada alasan lain iaitu, dia merasakan tempat duduk sekarang ini lebih bagus dari segi sudut pandangan dia dalam memerhatikan taktikal di dalam padang.

Ini lebih kepada keselesaan Ten Hag. Pada awal 90-an, Sir Alex Ferguson selalu menonton aksi Man United dari kamar koporat bagi menyaksikan sendiri pergerakan taktikal di atas padang.

Kelab mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa, pelan lantai terbaru untuk kedudukan tempat duduk teknikal berubah atas permintaan Ten Hag.

Kenyataan itu berbunyi: “Pelan lantai baharu telah dipersetujui dengan Erik, di mana tempat untuk pasukan home dan away akan ditukar secara tetap. Staf dan pemain simpanan kini akan duduk di bahagian barat mengadap garisan tengah padang, tempat duduk yang sebelum ini telah digunakan oleh pasukan away.”

“Erik setuju dengan perubahan itu selepas lawatan pertamanya ke Old Trafford pada Mei. Dan merasakan bahawa tempat duduk pasukan lawan [pada masa itu] adalah lebih dekat dengan terowong, dan lebih berada di tengah tengah dari tepi padang tempat melakukan pertukaran pemain dan juga memanaskan badan.”

Selain daripada perubahan tempat duduk pemain, Ten Hag turut mengarahkan agar rumput padang dipotong lebih pendek daripada sebelum ini, sesuai dengan perancangan taktikalnya.

Jadi dengan penjelasan ini, nampaknya Maguire terlepas pandang benda yang sepatutnya dia cakna sebagai seorang kapten. Macamana David De Gea boleh tahu dengan jelas perubahan itu? Namun bukan Maguire?

Baca yang lain