Menjelaskan Kekeliruan Peminat, Kenapa Kane Boleh Ofsaid Sedangkan Rudiger Di Belakangnya?

Peminat bola sepak terutama sekali peminat Spurs, ramai yang keliru dengan peraturan ofsaid.

Spurs tewas 1-0 di laman sendiri. Sekaligus tersingkir dengan agregat 3-0 kalah kepada Chelsea.

Dalam aksi sebentar tadi, terdapat satu insiden di mana Harry Kane disahkan ofsaid oleh VAR, walaupun Rudiger ada di kedudukan paling bawah.

Ofsaid tersebut sekaligus membatalkan gol Harry Kane dalam perlawanan ini.

Para peminat berdebat dan mahukan kepastian, bagaimana Kane boleh ofsaid dalam kedudukan ini:

Ali berkata: “Keliru gila kot. Pemain Chelsea tu hampir kat atas garisan gol. Macamana Kane boleh ofsaid?”

Sebenarnya insiden serupa pernah berlaku dalam Piala Dunia melibatkan Mexico satu ketika dahulu. Ketika itu, insiden tersebut menjadi bualan ramai dan tular di kalangan pengguna Nokia 3310.

Kes Vela

Merujuk kepada gol Carlos Vela yang dibatalkan kerana hanya ada seorang pemain di belakang penjaga gol. Jika ada dua pemain Afrika Selatan di belakang garisan penjaga gol, Khune yang meluru naik. Jadi Vela dikira ofsaid.

Seseorang pemain itu akan dikira ofsaid apabila dia menerima bola dalam keadaan hanya seorang pemain sahaja di hadapannya.

Bermaksud, dia melepasi garisan akhir untuk berdepan dengan seorang lagi pemain lawan yang lain.

Sebenarnya, tidak kira ianya penjaga gol atau tidak, selagi lagi pemain itu berada dalam kedudukan dia menerima bola pada kedudukan dia berdepan lawan yang terakhir ialah seorang pemain maka dia dikira ofsaid.

Peraturan ofsaid tidak kisah kau keeper atau pertahanan. Selagi lagi kau berada di garisan paling bawah, maka kau dikira sebagai last man dalam kedudukan ofsaid.

Jadi dalam kes Carlos Vela, penjaga gol yang naik ke atas, dikira sebagai pemain outfield bersama pertahanan yang lain. Dan seorang pemain di belakang penjaga gol sekarang adalah orang yang terakhir (last man) berada dalam garisan ofsaid.

Dalam situasi tersebut, ianya memerlukan 2 pemain Afrika Selatan berada di belakang Khune, barulah Vela boleh dikira onsaid.

Dalam kes Harry Kane, hanya seorang pemain di belakang Harry Kane iaitu Rudiger – kerana penjaga gol Kepa Arrizabalaga sudah bergerak ke hadapan.

Jadi Ketika Kane menerima bola melepasi garisan akhir melibatkan pertahanan dan Kepa, dia secara tak langsung terperangkap ofsaid kerana dia cuma berdepan Rudiger sahaja di depannya.

Rudiger kini bertukar peranan dengan Kepa dalam garis ofsaid. Kerana Kepa dah naik ke atas.

Peraturan ini memang nampak leceh dan mengarut. Namun ianya sebenarnya sudah lama wujud dalam buku peraturan FIFA.

Jadi memang hari malang Spurs berdepan dengan pasukan yang menurunkan Malang Sarr.

Mana taknya, dua penalti mereka dah diberi namun ditarik balik VAR.

Kemudian gol Harry Kane pun dah diberikan awalnya, namun sekali lagi ditarik balik oleh VAR.