Enner Valencia hampir mencipta sejarah sebagai penjaring terpantas dalam sejarah perlawanan pembukaan Piala Dunia.
Dia menjaringkan gol seawal minit ke-3. Namun VAR dengan bantuan Teknologi Ofsaid Separa Automatik telah membatalkan gol itu.
Ramai yang tidak faham dan keliru kenapa ianya dibatalkan. Malah ada menuduh Piala Dunia sudah korup.
Dale Johnson menyatakan bahawa gol itu jelas sekali ofsaid. Bukan pemain yang menjaringkan gol yang ofsaid. Tetapi pemain yang menerima bola lebih awal iaitu Michael Estrada.
Kenapa Estrada ofsaid sedangkan ada pemain pertahanan di belakangnya?
Gol Kane vs Chelsea
Masih ingat gol Harry Kane yang dibatalkan ketika aksi berdepan Chelsea?
Ianya berkaitan dengan peraturan 2 last man lawan ketika berdepan penyerang.
Terdapat satu insiden di mana Harry Kane disahkan ofsaid oleh VAR, walaupun Rudiger ada di kedudukan paling bawah.
Ofsaid tersebut sekaligus membatalkan gol Harry Kane dalam perlawanan tersebut di mana Spurs kalag 1-0.
Tottenham v Chelsea. Harry Kane offside? Who is the player circled then!!! pic.twitter.com/nXcZhInEWi
— Meat and Veg Company (@meatvegcompany) January 12, 2022
Para peminat berdebat dan mahukan kepastian, bagaimana Kane boleh ofsaid dalam kedudukan ini:
Honestly not sure why Kane was offside with a Chelsea player 10 yard in front of him? Help me out? #TOTCHE pic.twitter.com/P4TAGqNgL0
— Mardy football fan (@FanMardey) January 12, 2022
Jelaskan bagaimana Kane boleh ofsaid? Kata seorang peminat Spurs.
I may be being thick, but can someone explain how Kane is offside when Rudiger is here? pic.twitter.com/FxAsKx08Vt
— Richarli-Son (@wise0w1) January 12, 2022
Sebenarnya insiden serupa pernah berlaku dalam Piala Dunia melibatkan Mexico satu ketika dahulu. Ketika itu, insiden tersebut menjadi bualan ramai dan tular di kalangan pengguna Nokia 3310.
Kes Vela
Merujuk kepada gol Carlos Vela yang dibatalkan kerana hanya ada seorang pemain di belakang penjaga gol. Jika ada dua pemain Afrika Selatan di belakang garisan penjaga gol, Khune yang meluru naik. Jadi Vela dikira ofsaid.
Seseorang pemain itu akan dikira ofsaid apabila dia menerima bola dalam keadaan hanya seorang pemain sahaja di hadapannya.
Bermaksud, dia melepasi garisan akhir untuk berdepan dengan seorang lagi pemain lawan yang lain.
Sebenarnya, tidak kira ianya penjaga gol atau tidak, selagi lagi pemain itu berada dalam kedudukan dia menerima bola pada kedudukan dia berdepan lawan yang terakhir ialah seorang pemain maka dia dikira ofsaid.
Peraturan ofsaid tidak kisah kau keeper atau pertahanan. Selagi lagi kau berada di garisan paling bawah, maka kau dikira sebagai last man dalam kedudukan ofsaid.
Jadi dalam kes Carlos Vela, penjaga gol yang naik ke atas, dikira sebagai pemain outfield bersama pertahanan yang lain. Dan seorang pemain di belakang penjaga gol sekarang adalah orang yang terakhir (last man) berada dalam garisan ofsaid.
Dalam situasi tersebut, ianya memerlukan 2 pemain Afrika Selatan berada di belakang Khune, barulah Vela boleh dikira onsaid.
If you still don’t understand how that Kane goal was ruled out for offside, then read this. You have to learn this offside rule. pic.twitter.com/GNZWxjc5tj
— Prove The Identity 🇲🇼🇿🇲 (@PokeraPonDem) January 12, 2022
Dalam kes Harry Kane, hanya seorang pemain di belakang Harry Kane iaitu Rudiger – kerana penjaga gol Kepa Arrizabalaga sudah bergerak ke hadapan.
Jadi Ketika Kane menerima bola melepasi garisan akhir melibatkan pertahanan dan Kepa, dia secara tak langsung terperangkap ofsaid kerana dia cuma berdepan Rudiger sahaja di depannya.
Rudiger kini bertukar peranan dengan Kepa dalam garis ofsaid. Kerana Kepa dah naik ke atas.
You need 2 players to be goalside. Keeper is usually one but as he came out it would need 2 defenders to be onside. There was only Rudiger so he's offside.
— Gaz (@Booty787) January 12, 2022
Peraturan ini memang nampak leceh dan mengarut. Namun ianya sebenarnya sudah lama wujud dalam buku peraturan FIFA. Jadi memang hari malang Spurs berdepan dengan pasukan yang menurunkan Malang Sarr.
Mana taknya, dua penalti mereka dah diberi namun ditarik balik VAR.
Kemudian gol Harry Kane pun dah diberikan awalnya, namun sekali lagi ditarik balik oleh VAR.
Dale Johnson anggap keputusan VAR tepat
Berbalik kepada insiden gol Valencia yang dibatalkan.
Pemain Ecuador, Michael Estrada berada dalam kedudukan ofsaid. Ianya kerana penjaga gol mara ke depan dan menjadikan dirinya sebagai last man kedua akhir dan pemain pertahanan menggantikan tempatnya sebagai pemain last man paling bawah.
Dale Johnson dari ESPN menyatakan bahawa ofsaid itu tepat. Cuma dia meminta FIFA lebih cepat dalam menayangkan animasi 3D daripada Teknologi Ofsaid Separa Automatik mereka.
This image is in the article, but pulling it out onto Twitter.
It's not a "toenail" offside decision for the VAR. Ecuador's Michael Estrada is clearly offside when the ball is headed by Felix Torres.
It's a strength of FIFA's 3D animation – but needs to be shown quicker. pic.twitter.com/FWSmflsEQA
— Dale Johnson (@DaleJohnsonESPN) November 20, 2022
Akhirnya ramai yang menerima bahawa ofsaid itu adalah tepat.
There’s an Ecuador player, hidden by the Qatar keeper/defender jumping heading the ball at this moment. There’s another Ecuador player on the ground in the same area who plays the ball next, whose leg is offside.
It’s the correct call. Difficult to see. But correct.#WorldCup pic.twitter.com/KoMTOkobDq
— Stuart Gradon (@StuartGradon) November 20, 2022
Ada yang berpendapat, jika tanpa teknologi, gol itu pastinya akan diberikan, kerana sangat sukar menilai kedudukan ofsaid tersebut.
Obviously when the first pass comes in no one is offside, but when the Qatar keeper missed the ball and the Ecuador player flicked the ball on, the player who ended up having the ball is offside. It’s the correct call, but I wish they show this to the audience immediately pic.twitter.com/A9P5ffz9v8
— Chong Ming Hin (@rico_chong) November 20, 2022
Ecuador menang 2-0 dalam perlawanan pembukaan ke atas Qatar. Kedua dua gol adalah menerusi Enner Valencia.