Penjelasan Kenapa Jersi Leipzig Hari Tu Tak Sama Warna Logo Red Bull

Anda pasti masih ingat dengan jersi pasukan RB Leipzig ketika berhadapan dengan Tottenham Hotspur pada first leg untuk round of 16 UEFA Champions League.

Di mana ketika itu ada tiga orang pemain RB Leipzig memakai jersi yang berbeza cetakan logo Red Bull pada bahagian dada.

Mereka ialah Nkunku, Klostermann dan Timo Werner. Ketiga-tiga pemain memakai jersi dengan cetakan putih pada logo Red Bull, sepanjang separuh masa pertama.

Namun pada separuh masa kedua mereka menggunakan jersi yang sama dengan pemain lain.

https://twitter.com/sportsnews_2020/status/1230471676325875712?s=19

Leipzig memastikan agar kesemua pemain mereka seragam.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa ini adalah satu taktik pemasaran daripada Red Bulls.

Hal ini kerana apabila perkara ini berlaku, seluruh mata akan terarah kepada kejadian tersebut.

Jadi, tumpuan juga akan terarah kepada logo Red Bull yang ada pada bahagian dada jersi tersebut.

Ada juga yang menyakat RB Leipzig telah kehabisan ini printer.

Namun begitu selepas tamat perlawanan, RB Leipzig iaitu Julian Nagelsmann mengesahkan perkara ini berlaku kerana berlaku sedikit kecuaian dan kekalutan ketika penyediaan oleh pegawai kitman mereka.

Beliau menepis dakwaan bahawa ini merupakan satu taktik pemasaran yang dilakukan oleh pihak penaja bagi menarik perhatian umum.

Kitman pasukan telah tersilap load masuk kotak yang salah ke dalam bas pasukan.

RB Leipzig menyediakan dua jersi itu sebagai langkah alternatif sekiranya ada berlaku konflik pada warna jersi dengan pasukan tuan rumah.

Sebaik sahaja kotak itu dibuka baru mereka menyedari bahawa ada jersi pemain yang tidak tersedia dengan logo Red Bull berwarna.

Pegawai tersebut diarahkan oleh Julian Nagelsmann untuk segera kembali semula ke hotel penginapan pasukan mereka bagi mengambil kotak yang betul.

Namun beliau tidak sempat untuk tiba sebelum wisel penamat.

Ketika separuh masa pertama berakhir pegawai tersebut telah menyerahkan jersi yang betul kepada tiga pemain itu di bilik persalinan.

Julian Nagelsmann agak kecewa kerana kekalutan yang berlaku itu.

Dan berjanji perkara seperti itu tidak akan berulang lagi selepas ini. Terutama sekali dalam perlawanan timbal balik di tempat mereka selepas ini.

Beliau berseloroh menyatakan, dekat home nanti confirm akan cukup jersi.

Jadi, penting sekali persediaan yang kemas dan teratur.

Namun pada masa yang sama kita dapat belajar bahawa mereka turut menyediakan jersi alternatif sekiranya diperlukan.

Walaupun Nagelsmann mengesahkan perkara itu bukan gimik pemasaran, tetapi sudah ramai yang tertarik dengan jersi logo putih itu yang dianggap cantik oleh mereka yang gemarkan rekaan minimalis.

Lagipun ada peristiwa dan cerita tersendiri di sebaliknya. Pastinya jersi itu akan menjadi sasaran para kolektor.

Leipzig menang 1-0 dalam perlawanan tersebut hasil jaringan penalti Timo Werner pada separuh masa kedua.

Baca yang lain