Liverpool bertandang ke San Siro sekali lagi untuk kali kedua musim ini, kerana sebelum ini mereka menentang AC Milan di peringkat kumpulan.
Ternyata ianya perlawanan yang sangat sukar dari segi fizikal, seperti yang dijangka.
Inter Milan tampil dengan permainan bertenaga, tidak membenarkan Liverpool mendapat rentak mereka atau menyimpan bola lebih lama.
Roh San Siro dibangkitkan lagi oleh sorakan penyokong Inter, yang membuatkan gelanggang ini sentiasa sukar untuk dilawati terutama sekali pada malam Eropah.
Kedua dua pasukan mempamerkan aksi sangat sengit di atas padang. Secara taktikal, Inter Milan langsung tidak gentar berhadapan dengan high pressing Liverpool.
Sistem permainan Inter sangat sistematik dengan pertukaran hantara dari wing back ke wing back. Membuatkan Klopp pening kepala melihat pasukannya diserang berkali kali.
Hakan Calhanoglu memiliki peluang keemasan untuk meletakkan Inter di depan, namun percubaannya terkena palang.
Pertahanan kedua dua pasukan beraksi sangat baik. Inter bermain lebih fizikal dan lebih agresif membuatkan Liverpool benar benar rimas dan hilang banyak bola.
Pada separuh masa kedua, Klopp membuat pertukaran di serangan, memasukkan Firmino yang lebih fizikal berbanding Jota. Liverpool tetap beraksi hambar pada awal separuh masa kedua. Inter malah bermain di kemuncak prestasi mereka dalam perlawanan ini pada 10-15 minit pertama.
Klopp menyuntik mobiliti di bahagian tengah untuk melepasi blok tengah Inter yang sangat fizikal dan lasak.
Masalah utama Liverpool separuh masa pertama adalah tewas dalam pertarungan di tengah, dengan Arturo Vidal menjadi raja di tengah bersama rakan rakannya.
Naikkan fluiditi berbanding fizikaliti
Jadi, mungkin ketika Klopp mengeluarkan Fabinho, ada segelintir penyokong Liverpool kurang setuju. Kerana dia pemain paling fizikal di tengah.
Cuma Klopp sekarang mengelak pertarungan fizikal dengan aliran bola lebih laju, Mengekalkan Alcantara yang akan menjadi outlet utama untuk hantaran.
Klopp memilih untuk menaikkan fluiditi berbanding dengan cuba bersaing secara fizikal. Kerana tak mungkin Liverpool akan menang berdepan Inter. Pertukaran ini memang boleh dianggap gamble. Kalau Liverpool kalah, pastinya ia dianggap perjudian yang gagal.
Luis Diaz mulai memberikan impaknya. Naby Keita turut memberikan tenaga baharu untuk Liverpool di tengah. Inter mulai merasai keletihan kerana terlalu banyak menggunakan tenaga pada awal 60 minit pertama.
Inter Milan ternyata mengenakan layanan berbeza kepada Luis Diaz selepas Sadio Mane dikeluarkan. Dengan Mane, mereka lebih agresif. Ketika Mane dikeluarkan, Inter mungkin merasakan bahawa perancangan mereka untuk meneutralkan Mane sudah berjaya dan pemain itu tak mendapat apa apa dalam perlawanan ini.
Malang buat Inter kerana Diaz memberikan dimensi berbeza di sayap. Lebih direct dan diberikan ruang lebih besar.
Walaupun Klopp memperbaiki aspek fluiditi, namun gol Liverpool dalam perlawanan ini terhasil daripada sepakan penjuru. Satu daripada bola pertama, kedua adalah daripada bola kedua.
Peranan Firmino
Roberto Firmino menanduk masuk hantaran Andy Robertson yang mengambil alih tugasan Arnold untuk corner kick di kanan untuk menukar corak hantaran kepada in-swinger. Dan ianya membuahkan hasil apabila Firmino menanduk kilas bola betul betul ke hujung tiang / far post β untuk meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-75.
π§π· Eight of Roberto Firmino's last 12 Champions League goals have come in the knockout rounds β½οΈ#UCL pic.twitter.com/LKBErxyR5Q
β UEFA Champions League (@ChampionsLeague) February 16, 2022
Firmino menjadi pemain Liverpool paling tinggi kadar bentesan walaupun baru dimasukkan.
Roberto Firmino made more tackles against Inter (4) than any other Liverpool player⦠and he only came on at half-time.
The goal wasn't bad either. π#UCL pic.twitter.com/uajiLk8Lc0
β Squawka Football (@Squawka) February 16, 2022
Berbanding dengan Jota Firmino lebih defensif ketika turun.
β False 9 Firmino dropping to the space left in behind Inter right winger-back.
2/4pic.twitter.com/sKHW7B7GGjβ Moussa Behilil (@BehililMoussa) February 17, 2022
Liverpool kemudian mendapat gol kedua mereka pada minit ke-83. Inter gagal memenangi bola pertama yang dimenangi Van Dijk. Kemudian bola kedua dapat pula kepada Salah yang terus menghalakannya ke gawang dan masuk.
Salah merekodkan 8 perlawanan straight di tempat lawan dia skor dalam Liga Juara Juara Eropah.
Mo Salah has now scored in eight consecutive away games for Liverpool in the Champions League π² pic.twitter.com/hkNdvvIl6p
β ESPN FC (@ESPNFC) February 16, 2022
Inter seterusnya mulai menaikkan semula intensiti mereka. Sekali lagi kehampaan terbesar mereka adalah di final third.
Tamat perlawanan Inter 0 Liverpool 2. Masih ada timbal balik di Anfield.
πππ§ ππ‘, π₯πππ¦ ππ΄
Taking a victory back to Anfield in the #UCL last-16 π pic.twitter.com/QkOwWROD6V
β Liverpool FC (@LFC) February 16, 2022