Menjelaskan Rumitnya Saga Perpindahan Bruno Fernandes Ke Man United

Kalau korang penyokong Manchester United pastinya korang tertunggu-tunggu setiap hari, tentang info ini.

Baiklah, Bruno Fernandes dikaitkan dengan Manchester United sekali lagi kali ini. Selepas deal di antara United dan beliau dikatakan gagal pada pra musim yang lalu.

Kisah Pra Musim Lalu

Ok, pada pra musim lalu, Bruno Fernandes dilaporkan ada klausa pelepasan sekitar €35 juta ataupun sekitar £30 juta.

Pada Julai, Presiden Sporting Lisbon mengesahkan Man. United dan Sporting sedang berbincang untuk perpindahan Bruno Fernandes.

Sebelum ini tawaran Manm United dikatakan terlalu rendah. Tetapi ianya tak collapse.

Federico Varandas (Presiden SL) berkata kepada Radio Observador: “Kami dalam perbincangan dengan Manchester United untuk Bruno Fernandes – ada contact antara kelab. Beliau boleh menjadi penjualan paling menguntungkan dalam sejarah kelab kami.”

So tolong cari penjualan paling besar dilakukan Sporting. Dan Harga itu lebih besar daripada itu.

Situasi Bruno ni macam ni. Dia ada klausa pelepasan €35 juta. Tu yang United nak bagi pemain ni unsttled dengar tawaran mereka dan menggelibas nak aktifkan.

Tapi bezanya, si Bruno Fernandes ni sayang dia kat Sporting lain macam. Dia kekal tenang dan tak aktifkan kluasa itu. Bagus Bruno ni. So buat masa ni kelab ada kuasa lagi nak handle harga.

Tapi Ed Woodward ingat anytime Bruno boleh belot. Masa tu Spurs dengar benda ni terus tarik diri nak beli Bruno ni.

Sporting pula nakkan at least £65-70 Juta untuk pemain ini. United tunggu sampai akhir Window tapi tetap tak jadi.

Situasi Sekarang

Masuk ke 2020, Bruno Fernandes dilaporkan ada klausa pelepasan sekitar €100 juta ataupun lingkungan £85.5 juta.

Kenapa pulak?

Ianya teraktif ketika beliau melanjutkan kontrak yang lalu pada akhir tahun 2019. Lagi mahal wei.

So United tak mungkin akan bayar klausa pelepasan ini buat masa ni. Mereka sebelum ini sudah berkata tak nak overpaid lagi pada pemain.

Mereka sekarang ni nakkan Fernandes dengan cara masukkan pemain dalam deal untuk kurangkan wang perbelanjaan.

Man United dikatakan sudah dibenarkan bercakap dengan Bruno dan pemain itu setuju dengan terma peribadi. Namun deal tersekat kerana bayaran perpindahan.

Sporting berkeras nakkan at least £65 juta (bayaran pertama / asas) lepas tu ada bonus lagi.

Lebih menyiksa hati fans United apabila Sporting seakan akan dengan sengaja membuatkan hati mereka terguris apabila memuat naik gambar Bruno sedang berlatih di Sporting, sedangkan pemain itu dikaitkan dengan sudah berada di Manchester United meterai deal.

Jadi ini gambar siapa sebenarnya?

Ala, kelab ketiga terkaya di dunia apa salah bayar je £65 juta kan? Alasan Woodward, banyak sangat poor transfer yang United buat sebelum ni.

United enggan lepaskan Pereira

United awalnya menawarkan Rojo dalam deal. Namun Sporting mahukan Andreas Pereira yang dikatakan lebih kepada direct replacement dan mereka tak pening dah cari pemain pengganti. Namun deal ni melibatkan loan player Sahaja tau.

Sporting dikatakan tak berminat dengan Rojo ataupun Joel Pereira dalam deal ni. Mereka nak Andreas Pereira.

Cuma United keberatan kerana mereka perlukan pemain tu untuk Squad depth.

https://twitter.com/mufcnews2019/status/1217425978332340224?s=19

So United nak bayar £60 juta. Shortage at least £5 juta daripada deal diminta Sporting. Dan bagi pemain on loan yang mereka harap dapat mengurangkan nilai itu.

Seorang wartawan, dari Portugal yang merupakan stringer kepada Gianluca Di Marzio menyatakan beliau tersilap info pasal Bruno Fernandes dan memutuskan untuk tidak mengemaskini info untuk pemain itu.

Beliau antara wartawan yang mengemaskini bahawa Bruno sudah dikira sah milik Man United.

Jadi sekarang ni segalanya di tangan United. Mereka merasakan harga £65 juta tu terlalu mahal untuk mereka bayar.

Dan korang harus ingat Ed Woodward ni macam ni.

Reputasi Woodward

Sebelum ni orang mintak £60 juta dia tak nak bayar. Sebab dia berharap pemain ni guna release clause. Sekali silap taktik pemain tu extend Kontrak pula.

Sekarang Woodward nakkan harga £60 juta yang orang mintak 6 bulan lepas. Tak dapat la sebab orang tu dah extend Kontrak dan ada kluasa pelepasan lagi besar.

Sebelum ni sama juga. Leicester pernah mintak £50 juta untuk Maguire dia tak nak.

Tapi next Window dia bayar £80 juta untuk pemain yang Mourinho pernah minta.

Kes Wan Bissaka pun sama. Awalnya tak nak bayar mahal sampai £45 juta. Woodward offer cuma £30 juta. Tapi lastly bayar juga £45 juta.

Wooward ni bukan negotiator yang ada reputasi nak turunkan deal sebenarnya. Lebih kepada orang tengok dia orang excited nak naikkan deal.

Sama macam deal Pogba dulu.

Apa yang pasti Ole Gunnar Solskjaer sangat memerlukan Fernandes bagi menambahkan kualiti pasukan mereka di tengah.

Rujukan

1. ESPN – Klausa €100 juta

2. MEN – Klausa €35 juta

Baca yang lain