Menjelaskan Situasi Timo Werner Dan Liverpool, Serta Kenyataan SD Inter Milan

Saga perpindahan Timo Werner menjadi perhatian ramai. Pemain itu dikaitkan dengan Liverpool untuk perpindahan musim panas akan datang.

Setakat ini Timo Werner sudah menjaringkan 30 gol dan melakukan 12 assist untuk RB Leipzig.

Klopp berkenan

Klopp juga diberitakan sudah berhubung dengan Werner sebelum ini.

Klopp perlu mendapatkan seorang pemain yang boleh menampung pemergian Mohamed Salah dan Sadio Mane apabila kedua dua pemain itu pergi bermain di Piala Afrika tahun hadapan.

Buat masa ini Timo Werner dilihat calon terbaik.

https://twitter.com/TransfersLlVE/status/1264866708273102850

Werner pun berkenan

Beberapa bulan lalu, Timo Werner menyatakan beliau tak fikir soal Liverpool. Kerana tahu beliau tidak ada jaminan untuk bermain di kesebelasan utama dengan adanya trio Mo Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Namun tidak lama selepas itu Werner menyatakan beliau sedia untuk mencabar tempat di Liverpool.

Liverpool juga dikatakan telah menunjukkan minat mereka ke atas pemain itu.

Liverpool u turn

Tetapi baru baru ini Liverpool dilaporkan menarik diri untuk mendapatkan Timo Werner pada perpindahan yang akan datang.

Ini kerana Liverpool berdepan dengan impak kewangan kerana covid-19. Membuatkan kelab di Merseyside itu tidak dapat untuk komited kepada pembayaran klausa pelepasan €60 juta (£52.7 juta).

Klopp mahukan perpindahan ini

Namun laporan terbaru menyatakan Jurgen Klopp sudah menghubungi pemilik kelab dan menyatakan beliau mahukan Timo Werner di dalam pasukannya musim hadapan.

Timo Werner sudah menyatakan beliau mahu menyertai Jurgen Klopp di Liverpool dan tidak memikirkan tawaran lain pada ketika ini.

Kenyataan Sporting Director Inter

Spekulasi menjadi lebih kencang apabila terbaru, Pengarah Sukan Inter Milan, Piero Ausilio menyatakan beliau tidak akan membuang masa untuk memikirkan soal Timo Werner.

Inter Milan mulai dikaitkan dengan Werner selepas Liverpool diberitakan menarik diri. Ausilio menggambarkan Timo Werner sudah menetapkan sasarannya untuk menyertai sebuah kelab.

Ramai yakin bahawa kelab yang dimaksudkan itu adalah Liverpool.

Ausilio menyatakan: “Tidak! Timo Werner tak akan datang ke sini.”

“Saya tahu apa yang berada di dalam fikirannya tentang masa depannya. Dan kami tak akan menandatangani beliau.”

 

“Saya gemarkan beliau sebagai seorang pemain. Namun kami tak pernah langsung memulakan perbincangan untuk mendapatkan beliau.”

Liverpool masih berharap RB Leipzig akan mengurangkan harga pemain itu yang bakal memasuki tahun akhir kontrak beliau selepas ini.

Namun buat masa ini RB Leipzig masih berkeras mereka tidak mahu menjual dan hanya akan melepaskan pemain tersebut jika Werner mengaktifkan sendiri klausa pelepasan – kerana ada kelab yang sanggup membayarnya.