Menteri Anggap Tindakan Jerman Tinggalkan Jenama Anak Jati, Adidas, Sebagai Tak Patriotik!

Jerman dilaporkan sedia menamatkan kerjasama bersama Adidas selepas 70 tahun bersama.

Pembuat barangan sukan dari Amerika Syarikat, yang juga pesaing utama Adidas, iaitu Nike, dilaporkan akan menjadi pembekal baharu barangan sukan untuk pasukan Jerman bermula 2027.

Perkara itu diumumkan oleh DFB dalam satu kenyataan media pada Khamis. Kontrak tersebut adalah selama 7 tahun dan berakhir pada 2034.

Ianya sekaligus menamatkan kerjasama jangka panjang pasukan bola sepak Jerman dengan Adidas yang merupakan jenama kebangaan Jerman sendiri.

Pasukan Jerman akan menggunakan tempat HQ Adidas di Herzogenaurach, berdekatan Nuremberg, sebagai markas utama mereka untuk EURO yang akan dianjurkan di negara itu.

Adidas akui terkejut dengan keputusan DFB yang sanggup menjalinkan kerjasama dengan pesaing utama mereka.

Adidas menyatakan: “Kami di sini mahu mengumumkan bahawa DFB akan memiliki pembekal baharu pada 2027.”

Sepanjang kerjasama dengan Adidas, Jerman memenangi 4 Piala Dunia untuk pasukan lelaki, 3 Euro. Sementara pasukan wanita mereka memenangi 2 Piala Dunia dan 8 Euro.

DFB menyatakan bahawa mereka memahami emosi yang dirasai ramai pihak kerana terlalu banyak detik indah dan bersejarah sepanjang 70 tahun bersama Adidas. Keputusan DFB ini adalah kerana kepentingan ekonomi. Nike menawarkan tajaan lebih besar.

DFB akan mengumumkan angka tajaan dan bentuk tajaan yang akan mereka terima daripada Nike selepas ini. Apa yang pasti DFB memberikan jaminan bahawa tawaran daripada Nike memberikan manfaat sangat besar kepada pasukan itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Jerman, Robert Habeck kecewa kerana menurutnya DFB tidak patriotik dalam hal ini. Sanggup menyingkirkan jenama anak jati Jerman demi wang.

Dia juga beranggapan bahawa Jerman itu harus pakai jersi Adidas selamanya. Sambil meminta pengurusan DFB patut ada rasa patriotisme sebagai anak jati Jerman dalam usaha mempertahankan identiti negara bangsa mereka.

“Saya tak dapat nak bayangkan jersi Jerman tanpa 3 garis,” kata Habeck.

“Adidas dengan hitam-merah-emas sentiasa bersama sama selamanya pada pandangan saya. Ianya adalah identiti Jerman. Saya mahukan lebih rasa patriotisme oleh anak jati Jerman dalam hal ini.”

Selain Habert, penyokong Jerman sendiri rata rata terkejut dengan keputusan DFB ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di