Semalam Ahli Parlimen Rembau, yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin telah memuat naik gambarnya sedang dirawat kerana luka.
KJ cedera kerana kemalangan basikal selepas melanggar lubang di jalanraya di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.
Lantaran kejadian itu, JKR Kuala Langat segera memohon maaf atas apa yang menimpa KJ dan terus mengambil tindakan segera.
JKR Kuala Langat nampaknya tidak mahu membiarkan keadaan itu tidak diselesaikan dengan segera. Ini kerana ianya sangat memudaratkan keselamatan.
JKR Kuala Langat membalas Tweet KJ dengan berkata:
“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa Yang Berhormat Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan,” kata JKR Kuala Langat.
JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh.
— JkrKualaLangat (@JkrKualaLangat) December 27, 2020
JKR Kuala Langat turut mendoakan agar Khairy Jamaluddin cepat sembuh.
Pegawai Media di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menegaskan bahawa KJ baik baik sahaja.
“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius.”
Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving. https://t.co/BjZHuo4cvP pic.twitter.com/WZJJn1q8X0
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) December 27, 2020
Namun di ruangan komen para netizen membuat aduan lain tentang kawasan di bawah bidang kuasa JKR Kuala Langat.
Apapun semoga cepat sembuh kepada Khairy Jamaluddin.