Seorang Menteri di India telah dikecam kerana tindakannya membina projek tugu Cristiano Ronaldo dan kemudian memberikan alasan tidak masuk akal.
Tugu Ronaldo sudah pun dirasmikan dan menjadi tatapan umum di dataran di Goa.
Ianya mengundang kecaman ramai pihak yang menganggap tindakan tersebut sebagai tidak patriotik dan mengagungkan penjajah.
Aktivis patriotik di India meminta menteri yang bernama Michael Lobo agar lebih sensitif dan memikirkan kekejaman penjajah Portugis kepada rakyat India pada era kolonial.
Ramai yang melakukan protes dengan bendera hitam mendesak tugu itu dirobohkan.
Bekas pemain kebangsaan India iaitu Micky Fernandes menganggap tindakan kerajaan tempatan sebagai melukakan hati puluhan juta rakyat India.
Setrerusnnya dia kecewa apabila masih ramai rakyat di Goa sendiri termasuk Lobo yang terlalu mengagungkan penjajah. Lebih lebih lagi mereka yang berdarah Portugis. Tetapi hati mereka masih lagi untuk negara Portugal.
Micky berkata: “Ronaldo adalah pemain terbaik di dunia. Namun kita seharusnya membina tugu pemain bola sepak yang berasal dari Goa bukannya dia.”
Menteri tempatan wilayah tersebut, Michael Lobo ada alasannya tersendiri. Dia menyangkal pemilihan Ronaldo sebagai tugu bukan kerana mengagungkan penjajah.
Itu cuma kebetulan sahaja, kerana dia mahu generasi muda menjadikan Ronaldo sebagai inspirasi dan motivasi untuk berjaya di dalam dan di luar negara.
Alasan tersebut mirip kepada alasan tuan DO satu ketika dahulu ketika menyatakan nama Ffira Mikah adalah secara kebetulan sahaja apabila diterbalikkan menjadi Ariff Hakim.
Kerana alasannya, Ffira Mikah adalah gabungan perkataan Arab dan Greece.
Lobo berkata: “Semua anak anak lelaki dan perempuan yang bermain bola sepak akan terinspirasi daripada orang seperti Cristiano Ronaldo – menjadi pemain berkelas dunia.”
“Jika anda mengejar impian anda dan anda bersemangat mengenainya maka anda boleh mencapai sasaran yang lebih tinggi. Inilah yang kami tulis pada plak itu.”
Alasan Lobo itu mengundang lebih banyak kemarahan. Kerana India sendiri ramai atlet yang berhak untuk dibina tugu bagi menjadi inspirasi anak muda.
Bagi mereka cukuplah dengan hanya menyaksikan dan membaca kisah Ronaldo di media cetak dan elektronik untuk menjadikannya inspirasi, tetapi janganlah sampai membina tugu Abang Do seketul di wilayah yang pernah bersusah payah melepaskan diri daripada cengkaman penjajah Portugis.
Cristiano Ronaldo's statue installed in the state of Goa, India to inspire youth and take football to next level in the country.
[@ANI] pic.twitter.com/RBWZFrNv8A
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) December 29, 2021
Majlis perasmian tugu tersebut dibuat dengan acara simbolik dan dihadiri ramai orang yang suka dengan projek tersebut.
A new statue of Cristiano Ronaldo has been unveiled in Goa, India in the hope it will inspire a new generation of football fans.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 30, 2021
Seterusnya ada yang mengungkit tindakan Lobo. Di mana sebelum ini ramai rakyat Goa membantah pembinaan tugu Shivaji Maharaj, dengan alasan: “Kenapa perlu membina tugu bukan orang Goa di Goa?”
Dan sekarang mereka membina tugu Ronaldo yang merupakan orang Portugal.
Where are the people asking relation of Chatrapati Shivaji Maharaj with Goa??? They opposed status of Shivaji Maharaj saying “why we want status if non Goan in Goa”
How is Ronaldo related to Goa now? https://t.co/rhA502m1nd— Akshata Puranik-Bhat🇮🇳 (@Adv_Akshata) December 29, 2021
Berdasarkan sejarah, rata rata wilayah di India memperoleh kemerdekaan pada tahun 1947 kecuali Goa yang di bawah cengkaman kuku besi diktator Portugis. Sehinggalah pasukan tentera India menyerang kota tersebut pada tahun 1961 dan menguasai wilayah itu dalam operasi dua hari.
Pengaruh Portugal selama berabad-abad kekal kelihatan dalam seni bina tempatan, terutamanya pada senibina kebanyakan gereja. Ramai orang di Goa mempunyai nama asal Portugis serta lebih mengagungkan Portugal berbanding India.
“Saya mengikuti [Portugal] juga, tetapi oleh kerana kita mempunyai pemain kita sendiri, kita tidak boleh memasang patung seseorang dari luar negara kita,” kata Fernandes lagi.
Buat masa ini, Lobo masih kekal dengan pendiriannya dan menganggap tugu itu akan menjadi simbol terbaru wilayah Goa.