Badan induk bola sepak Eropah, UEFA, membuka siasatan pada hari Rabu ke atas sambutan gol “salam serigala” oleh bek tengah Turki Merih Demiral yang dikutuk oleh menteri di Jerman sebagai perkauman kerana dan turut menarik respon daripada Ankara.
Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu meniru bentuk kepala serigala dengan jarinya selepas gol keduanya dalam kemenangan menakjubkan Turki 2-1 ke atas Austria pada pusingan 16 terakhir Euro 2024.
Gerak isyarat itu dikaitkan dengan “Serigala Kelabu”, salah satu cawanagan pemuda ultra-nasionalis Parti Gerakan Nasionalis Turki (MHP), sekutu Parti AK yang memerintah Presiden Tayyip Erdogan.
“Simbol pelampau sayap kanan Turki tidak ada tempat di stadium kami,” kata Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser dalam catatan di X.
“Menggunakan Kejohanan Bola Sepak Eropah sebagai platform untuk perkauman adalah tidak boleh diterima sama sekali.”
“Ditubuhkan pada tahun 1960-an, Serigala Kelabu” terlibat dalam keganasan politik antara golongan kiri dan nasionalis yang membunuh kira-kira 5,000 orang sekitar masa rampasan kuasa 1980. Kumpulan itu diharamkan di Perancis dan simbolnya diharamkan di Austria. “Serigala Kelabu” juga berada di bawah pengawasan di Jerman, tambah Faeser.
UEFA berkata ia akan meneliti “kelakuan yang didakwa tidak sesuai” Demiral. Pemain itu berdepan dengan hukuman penggantungan jika didapati bersalah.
UEFA telah membanteras salah laku semasa kejohanan, menggantung dua perlawanan untuk pemain Albania, Mirlind Daku selepas dia mengetuai penyokong dalam nyanyian menyinggung. Kemudian UEFA menyiasat pemain England, Jude Bellingham untuk isyarat mencengkam telurnya yang dianggap melucah.
Kementerian luar Turki berkata siasatan UEFA tidak boleh diterima dan pendekatan pihak berkuasa Jerman terhadap Demiral “melibatkan xenophobia”.
“Kami mengecam reaksi bermotifkan politik terhadap penggunaan simbol sejarah dan budaya, dengan cara yang tidak menyasarkan sesiapa, semasa sambutan kegembiraan di acara sukan,” kata Ankara.
Kementerian itu juga memanggil duta Jerman ke Ankara berhubung pertikaian itu, kata sumber diplomatik Turki.
Sebelum ini Merih Demiral berkata: “Saya mempunyai perayaan dalam fikiran tentang menjadi orang Turki. Saya melakukan itu (isyarat). Saya sangat berbangga menjadi orang Turki, saya merasakannya hingga ke tulang saya selepas menjaringkan gol, itulah sebabnya saya mahu melakukan sesuatu seperti itu,” katanya selepas perlawanan.
“Saya sangat gembira dapat melakukannya, semua peminat berbangga dengan kami. Saya melihat orang ramai melakukan perkara itu. Saya mahu melakukannya selepas melihat mereka.”
Persatuan Ya**di Jerman, yang menyifatkan “Serigala Kelabu” sebagai ancaman kepada orang Yahudi serta orang Armenia, Yunani dan Kurd, menyeru pihak berkuasa Jerman untuk mengharamkan kumpulan itu.
“Keunggulan ideologi nasionalis fasis ini membahayakan keselamatan awam,” kata presidennya Volker Beck dalam satu kenyataannya.