Menteri KBS Jelaskan Konsert Jay Chou Dah Lama Booking

Hannah Yeoh memberikakan penjelasan menerusi akaun rasmi Twitter beliau tentang konsert Jay Chou,

Di mana sebenarnya konsert tersebut telah lama ditempah oleh pihak pengurusan penyanyi tersebut.

Isu konsert Jay Chou kurang menyenangkan hati ramai peminat bola sepak Malaysia.

Hal ini kerana 21,000 tempat duduk di belakang rangka pentas konsert itu tidak boleh dibeli dan tidak tersedia.

Perkara itu membuatkan hanya 59,000 keping tiket sahaja untuk aksi separuh akhir 1 antara Malaysia dan Thailand pada Piala AFF 2022.

Itupun tiket dah sold out hanya beberapa jam dibuka untuk belian.

Netizen kemudian menempiaskan kemarahan mereka kepada Jay Chou.

Hannah Yeoh berkata:

Makluman.

  1. Booking stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.
  2. Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew+185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker & 800 lampu. Mereka dah delay 2.5hari bagi ruang AFF

Malaysia bukan satu satunya negara yang berdepan dengan masalah untuk menggunakan stadium kebangsaan.

Malah di Thailand, padang di stadium Rajamangala rosak teruk selepas konsert Maroon 5 membuatkan ianya tidak boleh digunakan untuk Piala AFF.

Harus diakui bahawa stadium juga mahu mencari duit lebih dengan penganjuran konsert ini, kerana ianya akan membantu mereka dalam mendapatkan dana bagi maintenance dan sebagainya.

Cuma di hari yang akan mendatang, diharap pengurusan stadium dan pihak kementerian serta FAM itu sendiri dapat menyusun atur penggunaan stadium untuk konsert dengan lebih baik agar bola sepak sentiasa menjadi keutamaan.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.