Menteri Sukan Perancis Mahu Mbappe Terus Bermain Di Ligue 1 Demi Rakyat

Isu perpindahan Kylian Mbappe kini lebih daripada sekadar isu perpindahan antara kelab. Tetapi telah menjadi agenda kerajaan Perancis.

Ini apabila Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu, secara terbuka menggesa agar Kylian Mabppe terus kekal bersama PSG demi kepentingan nasional.

Roxana merupakan bekas perenang dan pemenang perak sukan Olimpik untuk Perancis tanpa berselindung menzahirkan pandangan pihak kerajaan tentang Mbappe.

Beliau malah menyatakan, Mbbappe perlu kekal di Perancis demi rakyat. Kerana rakyat Perancis sangat perlukan Mbappe dan mahu melihat pemain itu terus bermain di sana.

Roxana dalam satu wawancara televisyen berkata: “Kylian, kamu terus kekal di Perancis. Kami kamu terus menyaksikan kamu bermain di sini.”

“Kami [negara Perancis] perlukan kamu, rakyat perlukan kamu, PSG perlukan kamu dan generasi muda perlukan seorang role model dan idola untuk mereka jadikan panduan.”

“Tolonglah jangan tinggalkan kami, teruslah kekal di Perancis,” kata Roxana Maracineanu dalam program France Info.

Selain itu Mbappe juga sangat penting untuk Liga Perancis. Kerana ia mampu menarik perhatian dunia kepada liga tersebut.

Kontrak semasa Kylian Mbappé di PSG akan tamat pada bulan Jun 2022. Selepas aksi memukau beliau berdepan dengan Barcelona, beliau semakin kuat dikaitkan dengan kelab lain.

Mbappe berkata selepas tamat perlawanan tersebut: “Masa depan saya? Adalah bodoh untuk memutuskan masa depan saya hanya dengan satu perlawanan. Ini adalah isu yang memerlukan anda berfikir panjang.”

“Saya selalu mengatakan bahawa saya gembira di sini.”

Real Madrid antara kelab yang terus dikaitkan dengan Kylian Mbappe. Buat masa ini, pemain muda tersebut masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan. Walaupun sebelum ini Nasser Al Khelaifi menyatakan bahawa kontrak Mbappe antara keutamaan mereka.

Baca yang lain