Menunjuk Bebird Dan Meraba Wanita, City Batalkan Rundingan Kontrak Baru Dengan Walker

Pep Guardiola telah memberikan komen beliau berkaitan soalan tentang siasatan polis berhubung dakwaan kelakuan tidak senonoh dan meraba perempuan oleh bintang Manchester City, Kyle Walker.

Pep Guardiola ternyata kecewa dengan Kyle Walker yang tidak dapat menjaga dirinya lebih baik ketika berada di luar.

Ini bukan kali pertama Walker terlibat dalam insiden yang memalukan seperti itu. Pada musim lockdown yang lalu, dia pernah kantoi memanggil wanita ke apartmentnya dan berparti.

Dia kemudian dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Pada masa itu, Kyle Walker membuat permohonan maaf secara terbuka terutama sekali kepada isteri dan anak anaknya.

Walker berkata; “Dengan kesempatan ini, saya nak memohon maaf secara terbuka dia atas tindakan saya minggu lalu. Saya faham kedudukan saya sebagai pemain bola sepak profesional yang membawa tanggungjawab sebagai role model kepada masyarakat.”

“Dan juga, saya meminta maaf kepada keluarga, rakan rakan, kelab saya, penyokong dan semua orang yang telah kecewa dengan kelakuan saya.”

Walker buat hal lagi

Awal minggu ini, The Sun menerbitkan rakaman CCTV yang menunjukkan Walker minum di bar di Wilmslow semasa cutinya yang diberikan kelab.

Guardiola tidak menyangka pemain itu buat hal lagi.

“Kyle nampaknya buat hal sekali lagi macam sebelum ini,” kata Guardiola merujuk kepada insiden sebelum ini. Guardiola menyatakan kelakuan Walker itu tidak matang.

Sebagai orang dewasa, takkanlah Pep Guardiola harus menasihatinya untuk perkara seperti itu.

Pemain berusia 32 tahun itu didakwa telah melondehkan seluarnya sebanyak dua kali di bar dan meraba payudara seorang wanita.

Pada hari Khamis Polis Cheshire mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat kejadian itu tetapi tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Semasa sidang akhbarnya menjelang lawatan Manchester City ke Crystal Palace hujung minggu ini, Pep Guardiola berkata bahawa perkara itu akan ditangani secara ‘dalaman’.

“[Ia] isu peribadi, kami akan menyelesaikannya secara dalaman, bercakap dengannya. Ini bukan tempat untuk bercakap mengenai situasi peribadi,” kata Guardiola kepada pemberita.

Ketika ditanya sama ada pemain perlu bertindak lebih berhati-hati dan bertanggungjawab di khalayak ramai, Guardiola berkata:

“Sudah tentu. Ia sama sekali berbeza daripada tahun sebelum ini. Mereka tahu. Apabila anda membuka pintu di rumah mereka perlu tahu mereka akan dirakam tak kira apa sahaja yang mereka lakukan. Itulah masyarakat.”

“Saya sudah becakap dengan Kyle Walker. Dan saya tak perlu nak mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya. Kita semua orang dewasa. Saya bukannya ayahnya, saya cuma kawan dia..”

“Dia dan sesiapa sahaja boleh percayakan saya tentang masalah peribadi. Itu yang paling penting.”

“Saya tak perlu nak cakap, ‘oh kamu kena berkelakuan seperti ini’. Ayuhlah, dia seorang lelaki dewasa, titik.”

Guardiola bagaimanapun tetap menyatakan bahawa dia dan kelab akan sentiasa berada di sana membantu pemain ketika melalui detik yang baik dan buruk.

Walker kembali berlatih bersama rakan sepasukannya yang lain pada hari Selasa selepas Guardiola memberi pemain rehat Ahad dan Isnin berikutan kemenangan 2-0 menentang Newcastle hujung minggu lalu.

Pemain antarabangsa England itu – yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak – berlatih seperti biasa hujung minggu ini dan berpeluang untuk beraksi apabila City menentang Crystal Palace pada petang Sabtu.

Terdapat laporan minggu ini bahawa City telah membatalkan perbincangan kontrak dengan Walker sementara pemain itu masih dalam siasatan.

Malah laporan yang sama menyebut bahawa City kini sedang mempertimbangkan akan menamatkan kontrak Walker lebih awal, jika dia didapati bersalah.

Kontrak semasa Kyle Walker akan berakhir pada 2024 ini.

Kesalahan ini menyaksikan Walker bakal berdepan hukuman penjara sehingga 2 tahun.

Namun Man City sedia memulakan semula rundingan dengan pemain itu apabila isu ini selesai kelak.

Pihak Man City dan Kyle Walker tidak memberikan sebarang komen berkaitan insiden ini.

 

Baca yang lain