Menyelongkar Dilema Man United-Pogba. Lelong, Beri Kontrak Mewah Atau Hilang Secara Percuma

Paul Pogba pernah mengambarkan hubungannya dengan Manchester United sebagai sebuah kisah indah. Dia meninggalkan United ketika masih remaja dan kembali semula ke kelab itu selepas 4 tahun sebagai pemain dewasa -pemain termahal dalam sejarah bola sepak dunia.

Pogba merasakan dia telah kembali ke tempat asalnya.

Ia sukar untuk bayangkan Pogba pernah berkata sebegitu. Selepas 2 tahun hubungannya dengan kelab bertukar menjadi masam. Pogba mempunyai masalah teruk dengan Jose Mourinho.

Pada awal pemerintahan Ole Gunnar Solskjaer, Pogba kembali menemui sentuhannya namun kembali teruk pada hujung musim. Menjelang hujung musim Pogba mula mengeluarkan kenyataan mahu mencari cabaran baru di tempat lain.

Pasukan beroreantasikan Pogba

Ketika Solskjaer diberi jawatan tetap di United, pengurus ini berkata akan membina pasukan berasaskan Pogba, tetapi dalam masa yang sama Solskjaer mahu memperkenalkan pelan permainan high-energy dan high-pressing dengan kumpulan pemain yang mahu bekerja keras, memberi segalanya demi lencana di dada, kepada penyokong dan diri sendiri.

Pelan tersebut sudah semestinya tidak selari dengan keadaan Pogba yang kadang-kadang tidak lagi mempunyai hati di United. Selepas 2 tahun pelan tersebut tidak menjadi kenyataan. Ada ketika Pogba menampilkan aksi luar biasa terutamanya ketika dia kembali dari kecederaan.

Namun majoriti masanya di Old Trfford kisah indahnya jarang berlaku. Lebih banyak kisah mengecewakan dan Pogba jarang memberi sumbangan besar dalam perlawanan penting di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pertandingan kelab eropah.

Pogba dan United sekali lagi di persimpangan

Pada hari ini hubungan Pogba dan United sekali lagi berada di persimpangan. Dia mempunyai baki 1 tahun kontrak dan akan meninggalkan United secara percuma musim depan. Pogba boleh menandatangani pra kontrak dengan mana-mana pasukan seperti Real Madrid, Paris Saint Germain atau Juventus seawal Januari depan.

Jika perkara itu berlaku ia sebenarnya tidak mengejutkan sesiapa kerana semua orang tahu perangai ejennya, Mino Raiola. Ejen ini cukup terkenal dengan kemhirannya memanipulasikan keadaan, menekan pihak lain untuk meraih keuntungan peribadi dan pelanggannya.

Raiola menghentikan sebarang rundingan dan menunggu saat akhir bagi membolehkan dia melakukan tekanan ketika United supaya terdesak dengan baki kontrak Pogba yang hampir tamat.

Ejen jahat

Pada tahun 2012 Sir Alex Ferguson pernah mengkritik Pogba kurang menghormati kelab apabila dia membiarkan kontraknya tamat dan menyertai Juventus. Sebenarnya Ferguson mengutuk Raiola kerana itu adalah perancangan ejen tersebut.

Ferguson mengambarkan Raiola sebagai seorang ejen yang jahat dan sampah namun Raiola hanya ketawa mendengar komen tersebut. Raiola memberitahu the Athletic kenyataan dari Ferguson itu merupakan pujian terbesar yang pernah diterimanya.

Raiola juga berkata dia tidak mahu memalukan mana-mana pengurus kerana ia bukan objektifnya. Baginya pengurus tidak mempunyai kuasa untuk memberi sebarang komisyen kepada ejen dalam urusan perpindahan pemain.

Pilihan United

Kehilangan Pogba secara percuma boleh dianggap sebagai satu musibah, lebih malang ia berlaku 2 kali. United berharap perkara itu tidak akan berlaku dan kelab mempunyai 2 pilihan,

Pertama, Menjual Pogba sekarang dengan harga diskaun selari dengan baki kontrak. Kedua, memenuhi permintaan Raiola iaitu memberi kenaikan gaji tinggi kepada Pogba selama 5 tahun. Gaji semasa Pogba sektar £290 ribu seminggu.

Pilihan ke-2 bukan idea menarik buat United kerana mereka masih lagi dalam trauma. Pada masa lalu United bersetuju memberi kenaikkan gaji lumayan kepada David De Gea, £370 ribu seminggu menjadikannya antara pemain paling mahal di EPL.

Akhirnya United menyesal dengan keputusan tersebut selepas De Gea mengalami penurunan prestasi dan dia tidak pernah mendapat musim yang konsisten. Malah gaji De Gea telah merosakan struktur gaji pemain lain di United.

Sejarah gaji mahal di United

Dalam sejarah United Roy Keane merupakan pemain pertama yang menerima gaji mahal selepas era Bosman. Pada tahun 1999, Keane diberi gaji sebanyak £52 ribu seminggu -memecah rekod gaji paling mahal di EPL.

Namun Keane membuktikan dia berhak menerima gaji itu melalui sumbangannya di padang. Selepas itu giliran Rio Ferdinand mendapat gaji besar pada tahun 2005 kemudiannya Wayne Rooney pada tahun 2010 dan 2014.

Berbalik kepada Pogba, dia merupakan pemain bertaraf dunia yang berusia 28 tahun -sepatutnya bernilai untuk United. Pogba cuba memberitahu dia telah menyumbang 28 gol, 29 bantuan dan mencipta banyak peluang kepada rakan sepasukan sepanjang  5 musim di disana.

Namun statistik itu menjadi lemah kerana terdapat banyak perlawanan yang menampilkan aksi buruk Pogba, berkait dengan Raiola yang sering mengeluarkan kenyataan pemain itu mahu ke PSG, Real Madrid dan Juventus.

Analisis siapa Pogba

United menjual Pogba kerana kelab tidak dapat memberikan tempat dalam skuad utama. Kemudian membelinya semula pada tahun 2016.

Pada ketika itu United mempunyai Marouane Fellaini, Ander Herrera, Morgan Schneiderlin disamping Michael Carrick, Bastian Schweinsteiger dan Wayne Rooney yang sudah berusia.

Rakan Pogba di Juventus terdiri dari Andrea Pirlo, Arturo Vidal, Sami Khedira and Claudio Marchisio -kumpulan pemain yang lebih baik berbanding United. Pogba tidak akan mendapat sokongan pemain yang lebih baik di United.

United membayangkan Pogba seorang pemain yang hebat yang boleh mengubah pasukannya secara bersendirian. Tetapi perkara itu tidak berlaku kerana Pogba hanya mempunyai kemahiran yang spesifik.

Dalam kata lain United perlu mencari beberapa pemain lain yang sesuai untuk digandingkan bersama Pogba bagi melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Pogba.

Setahun selepas itu United membeli Nemanja Matic, seorang pemain deep lying, mempunyai fizikal besar, bijak, dan seorang technical midfielder.

Namun kombinasi Pogba-Matic tidak berkesan dan seterusnya United membeli Fred seorang pemain box-to-box midfielder yang pantas. Bagaimanapun sekali lagi ia tidak berkesan.

Pogba telah digandingkan dengan ramai pemain seperti Herrera, Scott McTominay, Fred dan Matic tetapi kesemuanya tidak memberi hasil yang diharapkan.

Mana-mana kombinasi hanya berkesan jika mood Pogba berada dalam keadaan baik atau pasukan lawan memberikannya ruang dan masa yang besar kepadanya.

Di peringkat antarabangsa prestasi Pogba lebih baik apabila bergandingan dengan N’Golo Kante. Adakah Kante merupakan pasangan paling sesuai bagi mengeluarkan kemampuan Pogba?

Tidak. Kante akan memberi kesan kepada hampir semua pemain yang berpasangan dengannya.

Di EURO, Pogba mempamerkan 3 persembahan hebat bertemu Jerman, Portugal dan Switzerland. Adakah ia disebabkan faktor Kante dan kualiti pemain lain disekelilingnya? Atau kejohanan besar memberikan inspirasi kepadanya yang mana perkara itu tidak berlaku di United?

Inilah yang dikatakan oleh Mourinho selepas kejohanan Piala Dunia 2018, Pogba hanya akan menjadi lebih bagus apabila dia diasingkan dengan dunia luar atau berada dalam kem latihan yang hanya memberi fokus kepada bola sepak.

Salah satu lagi lain, intensiti permainan di EPL dan petandingan kelab eropah jauh lebih pantas dari perlawanan antarabangsa. Sedangkan Pogba lebih efektif dalam permainanan perlahanan. Pogba memerlukan masa untuk melihat ruang di atas sebelum melakukan hantaran.

Pada musim lepas Pogba mempunyai fasa baik di EPL namun kembali merudum di penghujung musim. Pogba dan United gagal menampilkan aksi cemerlang di final Liga Eropah (Ueropa League) ketika tewas di tangan Villarreal.

Apa Solusi dengan permasalahan Pogba

Jadi apa jalan untuk menyelesaikan masalah Pogba. Jual, sambung kontrak-beri kenaikkan gaji besar atau biarkan kontraknya berakhir?

Langkah terbaik mungkin kekalkan Pogba, tetapi ia mungkin tidak memenuhi tututan semasa. Pogba sedang berada dalam tahun terakhir kontraknya dan kos untuk menyambung kontrak akan memakan belanja besar -Raiola mohon gaji mega.

Pada tahun 2019 Solskjaer berkata jika Pogba mahukan cabaran baru maka cabarannya adalah di United. Malangnya pada ketika itu Pogba mengalami kecederaan panjang dan tidak dapat menyahut cabaran yang diberikan Solskjaer.

Dari sudut lain, untuk kehilangan Pogba secara percuma pada musim hadapan mungkin mengembirakan ramai pihak. Agak sukar untuk United memberi kontrak lumayan ketika Pogba sendiri tidak pernah menunjukkan komitmennya.

Pada Disember lepas Raiola mengatakan masa depan Pogba di United sudah berakhir. Pogba pula tidak pernah mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan ejennya itu.

“Pogba tidak gembira di United. Dia tidak dapat mengekspresikan dirinya seperti yang dimahukannya. Dia perlu menukar pasukan dan dia perlukan perubahan.” Raiola

Faktor Raiola menjadi penyebab utama rundingan kontrak Pogba tidak berlaku.

Ejen ini merancang untuk meletakkan United dalam keadaan terdesak ketika kontrak pemain berada di penghujung untuk mewujudkan tekanan -beri gaji lumayan atau terlepas secara percuma.

United sudah mempunyai masalah dengan De Gea berkaitan struktur gaji dan kelab ini tidak mahu lagi terjebak dengan rundingan rugi-rugi.

Mungkin pilihan paling tidak menarik adalah menjual Pogba pada jendela perpindahan kali ini. Itupun jika PSG, Real Madrid atau Juventus berjaya dipujuk oleh United untuk mengeluarkan wang sebanyak £40 juta.

Jumlah tersebut mungkin terlalu rendah bagi pemain seperti Pogba namun ia merupakan jumlah yang agak tinggi dalam ekonomi semasa disamping Raiola bukanlah seorang ejen yang suka dengan bisnes kecil tanpa komisen.

Dari sudut perniagaan, tidak masuk akal untuk United membayar gaji £15 juta lagi musim ini dan akan kehilangan secara percuma musim depan.

Solskjaer tidak boleh percaya kepada seorang pemain yang akan tamat kontrak boleh memberikan segalanya di atas padang dimana Pogba sebelum ini jarang memberi sumbangan besar sejak 3 musim lepas.

Kes Liverpool-Wijnaldum

Situasi seperti ini berlaku di Liverpool berkaitan Georginio Wijnaldum. Jurgen Klopp menjaganya sehingga tamat kontrak. Prestasi Wijnaldum tidak merosot dan ia tidak menjadi satu penyesalan buat kelab itu walaupun timbul persoalan adakah ia satu tindakan yang betul.

Wijnaldum diberi salam perpisahan yang hangat ‘kami telah membina Liverpool di atas kakinya, pasru-paru, otak dan jantungnya yang besar dan indah. Kami sebagai rakan sepasukannya sentiasa bersyukur kerana mempunyai manusia istimewa ini dalam hidup kami’.

Di United, ia menjadi tanda tanya bagaimana mereka mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Pogba sekiranya dia meninggalkan kelab secara percuma untuk kali ke-2.

Tidak dinafikan Pogba seorang pemain istimewa yang mempunyai bakat luar biasa tetapi dia kurang menyumbang kepada pasukannya sejak berada disana.

Baca yang lain