Menyesal Bertukar Jadi Wanita Kpop, Lelaki Ini Mahu Kembali Jadi Lelaki British

Seorang influencer media sosial yang menjalani 18 prosedur pembedahan plastik dan bertukar kepada seorang wanita Kpop kini bertekad beralih semula kepada seorang lelaki Britain.

Pada bulan Mei, Oli London menjadi tajuk utama di dada akhbar kerana keluar sebagai wanita trans Korea. Bagaimanapun, dia kini telah mengumumkan bahawa dia dalam proses beralih semula kepada seorang lelaki selepas hidup sebagai wanita kpop jadian sejak enam bulan lalu.

Oli sebelum itu pernah membuat beberapa siri pembedahan untuk menjadi Jimin BTS telah memutuskan untuk bertukar jantina menjadi wanita Korea.

Bermakna dia bukan sahaja bertukar jantina namun bertukar bangsa atau transracial.

Kini dia mahu kembali menjadi jantan British sekali lagi.

Oli berkata: “Saya tidak lagi trans dan telah kembali hidup sebagai seorang lelaki. Bersyukur jika semua orang dapat menghormati kata ganti nama baru saya- He/Him KOR/EAN. Terima kasih,” kongsinya di Twitter.

Oli London telah mengakui bahawa mengenal pasti sebagai ‘transracial’ adalah satu kesilapan dan kini akan beralih kembali kepada seorang lelaki British.

Bercakap kepada saluran berita AS, London berkata bahawa dia menyedari bahawa ia adalah satu kesilapan besar dan kini dia hanya mahu menjadi seorang lelaki.

“Enam bulan lalu saya menjalani pembedahan kewanitaan muka, 11 pembedahan dalam satu hari. Saya menukar struktur tulang saya. Saya membuat prosedur sambungan rambut, menukar almari pakaian, mula memakai alat solek, bulu badan saya semua dicukur licin.,” katanya.

“Saya melakukannya kerana saya fikir ia akan menggembirakan saya. Saya berasa gembira pada masa itu tetapi dalam tempoh muhasabah, saya merasakan saya mengejar kebahagiaan. Menjadi seorang wanita bukan untuk saya,” tambah London.

London sebelum ini telah dikritik kerana telah menjalani pembedahan meluas untuk menyerupai penyanyi BTS Park Jimin, yang lebih kepada Jimbit sebenarnya, dengan ramai yang melihatnya sebagai contoh manipulasi budaya.

Dia sebelum ini berkata Korea adalah budaya hidupnya selepas membelanjakan sekurang-kurangnya $150k untuk pembedahan selama lapan tahun.

Baru-baru ini, London mencukur rambutnya sepenuhnya, yang dilihatnya sebagai permulaan perjalanannya kembali menjadi seorang lelaki. Dia mengatakan bahawa enam bulan terakhir menjalani kehidupan sebagai seorang wanita telah memberikannya kejelasan tentang identitinya, dan dia mengambil langkah proaktif, seperti terapi, untuk meneruskan perjalanannya menuju kebahagiaan.

Baca yang lain