Sekiranya korang mengizinkan seseorang menggunakan akaun bank anda untuk tujuan haram – sering disebut sebagai “mule account” ataupun “akaun bank keldai” – korang sebenarnya melanggar undang-undang.
Kini ramai yang menyewakan akaun bank mereka untuk kegunaan orang lain. Eii, ingatkan rumah dan kereta je ada sewa ni.
Walaupun korang tidak terlibat secara langsung dalam apa sahaja jenayah yang dilakukan oleh “penyewa”, korang tetap diburu.
Pemangku Pengarah Komisioner Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, dalam wawancara dengan Malay Mail, mengatakan bahawa ramai daripada mereka yang menyewakan akaun bank mereka berpendapat bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak menyalahi undang-undang.
Motif mereka, katanya, adalah untuk mendapatkan sejumlah wang cepat kerana penipu membayar mereka dengan wang lumayan dengan membenarkan mereka menggunakan akaun bank tersebut.
Saiful Azly menambah bahawa keldai wang ini boleh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan wang secara haram dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barangan curi.
Saiful Azly berkata, penyewa akaun mule akan mencari akaun di laman membeli-belah dalam talian dan aplikasi mudah alih, serta di platform media sosial seperti Facebook, dengan menggunakan profil palsu.
Modus operandi
Beliau kemudian menjelaskan bahawa penipu ini mensasarkan anak muda kerana mereka adalah yang paling mudah; senang direkrut di media sosial dan sering kekurangan wang.
“Ramai orang tidak tahu bahawa penipuan keldai ini adalah haram, mereka tidak menyedari hukuman.”
“Keldai yang menyewkan ini terdapat dari golongan penagih dadah sehingga pelajar yang mahu mencari wang cepat … dari hanya RM100 hingga RM200 dibayar penyewa akaun berpengalaman untuk memperoleh jumlah yang lebih besar,” katanya.
Saiful Azly berkata, sebilangan besar keldai ini berusia antara 20 dan 40 tahun. Namun beliau juga memberi amaran kepada mereka yang lebih tua.
Ini kerana penipu juga mensasarkan mereka dan mereka yang tidak mempunyai latar belakang jenayah, kerana mereka akan dianggap kurang mencurigakan oleh bank serta pihak berkuasa.
Jenis akaun keldai
Ada terdapat banyak jenis akaun keldai / mule account ni.
Salah satu daripadanya, yang dibuat oleh penjenayah menggunakan identiti yang dicuri atau sintetik. Di mana mereka menggunakan sepenuhnya secara sah atau menggabungkan maklumat pelanggan yang sah dan palsu untuk membuka akaun.
Penipu mempunyai kawalan penuh apabila mereka menggunakan akaun yang dicuri kerana tidak dapat dikesan atau dijejak.
Di sini mereka dapat menggunakan akaun tersebut untuk memindahkan dana di antara mereka untuk “membersihkan” wang atau untuk meningkatkan skor kredit pada akaun sebelum memaksimumkan had debit.”
Yang kedua adalah akaun milik pelanggan sah yang telah membenarkan penjenayah menggunakan akaun mereka. Ini adalah akaun sewaan.
Selalunya mereka adalah orang yang mahu cepat mendapat wang tunai dan mereka dikenali sebagai “ejen pemprosesan wang.”
Ada yang menjadikan ini satu pekerjaan serius – dengan sengaja tetapi ada yang tidak menyedari bahawa aktiviti tersebut adalah haram.
Apa yang mereka buat hanyalah memberikan maklumat akaun bank mereka. Wang kemudian masuk ke dalam akaun mereka dan mereka mengikuti arahan untuk menghantar wang ini ke akaun lain – selalunya untuk pemotongan jumlah yang dipindahkan.
Ramai yang menganggapnya adalah cara yang tidak berbahaya dan mudah untuk menjana wang.
Tetapi ianya adalah tidak sah kerana wang itu pada pangkalnya berkaitan dengan pelbagai jenis jenayah termasuk keganasan, dadah, penjualan senjata haram, pemerdagangan orang dan banyak lagi.
Selalunya apabila akaun bank keldai ini sudah dikenalpasti, pemilik akaun akhirnya akan menjadi mangsa kerana jenayah tersebut, sementara penipu pula bebas.
Jenis akaun mule bank ketiga adalah penipuan yang mempengaruhi orang dewasa.
Ini berlaku ketika seseorang memohon pinjaman tetapi tidak menyedari inya adalah dari syarikat yang tidak sah.
Mereka menerima lebih banyak wang daripada yang mereka minta dan mengatakan bahawa itu adalah kesalahan pentadbiran.
Mereka kemudian diminta untuk mengirimkan lebihan pembayaran ke akaun bank yang berbeza. Dan meninggalkan jumlah wang yang mereka pinjam di akaun mereka.
Ini adalah bagaimana cara penjenayah “membersihkan” wang mereka, sehingga sukar bagi polis untuk mengesan mereka.
Saiful Azly berkata, anak buahnya di CCID melakukan operasi harian dan bekerjasama rapat dengan bank untuk membatalkan akaun bank, terutamanya yang didalangi oleh Macau scam di Malaysia.
“Kami mempunyai Taskforce Internet Banking khas (IBTF). Semua daerah di Malaysia akan memaklumkan bank melalui platform itu, sehingga mereka (bank) tahu bagaimana mengalihkan dan menyenarai hitamkan akaun keldai ini.
“Bank-bank juga akan bekerjasama dengan kami dan memberi tahu kami ketika suspek mengeluarkan wang dan kami akan segera bertindak untuk menangkap mereka … begitulah cara kami bekerja.”
Korang boleh semak akaun mule di sini: Semak Mule
Sumber: Malay Mail