Meraikan 2 Tahun Van Dijk Dengan Status Juara Eropah Dan Dunia

Ianya antara saga perpindahan yang paling panjang pernah berlaku dalam era Jurgen Klopp di Anfield. Terjadi pada 2 tahun yang lalu.

Korang tak akan lupa posing depan pokok Krismas ni kan?

Van Dijk si modern CB idaman Klopp

Namun Van Dijk antara pemain yang Klopp sangat mahukan. Kenapa?

Pemain itu dengan sendirinya mengistihar dirinya mahu bermain di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Ketika itu Liverpool baru dalam proses revolusi Klopp.

Van Dijk pernah mendedahkan beliau hanya mahu bercakap dengan Liverpool untuk perpindahan, meskipun ada banyak pasukan lain yang mengintai khidmat beliau.

Liverpool didakwa cuba melakukan tapping up Kerana ada contact di belakang pengetahuan Southampton.

Pasukan itu yang awalnya memang mempertimbangkan penjualan Virgil Van Dijk ke Liverpool telah memutuskan untuk tidak berbincang.

Liku liku nak dapatkan VVD

Van Dijk dalam proses recovery daripada kecederaan dan Manuel Pellegrino sudah membayangkan bahawa pemain itu kecewa dengan tindakan Southampton.

Namun kita semua faham sebab mereka marah bila pemain utama mereka yang juga ketua pasukan cuba dirembat dari belakang.

Liverpool membuat permohonan maaf secara rasmi menerusi siaran media mereka dan menyatakan bahawa mereka tidak sengaja.

Namun beberapa media dan koresponden yang tier 1 menyatakan bahawa usaha untuk mendapatkan Virgil tidak mati.

Klopp masih mahukan pemain ini kerana isu pertahanan Liverpool yang kritikal. Selain itu gaya permainan Van Dijk yang merupakan game reader Serta good passer membuatkan Klopp lagi geram.

Melihat pada situasi yang tidak begitu bagus di antara Liverpool dan Southampton, ketika itu beberapa pasukan mulai cuba mengambil kesempatan untuk menawarkan Southampton harga mereka.

Antaranya Chelsea dan Man City. Tetapi Van Dijk meminta pasukannya ketika itu hanya menerima tawaran Liverpool.

Akibat berkeras juga si Virg nak ke Liverpool makan Southampton menaikkan harga daripada £60 juta kepada £75 juta. Liverpool diberikan masa dalam beberapa hari untuk respon dan bayar, jika tau sila lupakan sahaja.

Antonio Conte dan Pep Guardiola yang gagal mendapatkan Leonardo Bonucci melihat VVD sebagai opsyen yang sangat baik.

Tetapi Conte tak ada kuasa dalam perpindahan. Conte pernah mengakui kepada Miguel Delaney dari Independent bahawa Chelsea telah kalah kerana harga. Chelsea menawarkan hanya £50 juta untuk pemain tersebut.

Seterusnya Liverpool pada masa yang sama baru melepaskan Coutinho dan mereka ada wang untuk dibelanjakan. Dan ia digunakan pada tempat yang mereka sangat perlukan iaitu centre back.

Conte sangat mahukan Van Dijk kerana sistem back 3 beliau memerlukan libero dan pada masa sama perlukan seorang CB-playmaker.

Conte berkata: “Inilah bola sepak. Inilah hidup kita. Memang betul dia adalah sasaran kita. Macam yang korang semua tahu, inilah bola sepak.”

“Kamu boleh menyesuaikan banyak sasaran namun kamu kenalah berjaya memenuhi syarat untuk mendapatkan mereka. Perpindahan pemain ini rumit untuk semua pasukan.”

“Liverpool membeli Van Dijk untuk menguatkan barisan pertahanannya, dan saya rasa Van Dijk adalah pemain pertahanan berkelas dunia.”

“Dan mereka menghabiskan £75 juta untuk pemain ini. Pada masa yang sama, mereka menjual Coutinho dengan sangat baik kerana apabila anda menjual pemain untuk jumlah wang sebesar itu, maka anda mempunyai wang untuk dilaburkan bagi meningkatkan kualiti pasukan anda.”

Pep Guardiola dan Man City pula ketika itu seakan akan sudah meletakkan harga siling kepada harga pemain iaitu £50 juta kerana nak elak FFP.

Liverpool dengan pantas menggunakan peluang terakhir itu.

Walaupun tahu harga itu agak mahal dan akan menjadikan Virgil Van Dik sebagai pemain bek tengah pertama berharga £75 juta, termahal dalam sejarah.

Dan Van Dijk segera diumum sebagai pemain baharu Liverpool.

Salah satu pembelian terbaik

Sejak menyertai Liverpool, Van Dijk menjadi nadi pasukan Klopp. Membantu Liverpool mara ke final UCL pada musim 2017/18, namun tewas di tangan Real Madrid.

Musim lalu turut menyaksikan beliau menjadi pemain terbaik EPL dan diiktiraf sebagai pemain terbaik Eropah pada 2019.

Ini selepas Van Dijk membantu Liverpool menamatkan saingan liga dengan 97 mata. Malang tak juara dengan mata sebanyak itu.

Liverpool menebus kehampaan itu dengan menjuarai Liga juara-juara Eropah yang keenam untuk pasukan dalam sejarah.

2 kali beliau berada di belakang Messi untuk anugerah pemain terbaik dunia FIFA dan Ballon d’or.

Beliau menjadi kapten sepenuh masa di Belanda di bawah Ronald Koeman.

Kemudiannya VVD membantu Liverpool menjadi juara Piala Super Eropah dan beberapa minggu lalu sebagai juara dunia untuk kelab.

Pada hari ini nilai pasaran VVD pastinya sangat tinggi. Beliau menjadi kapten ketiga Liverpool dan paling vokal dalam padang.

Dia jerit je terus semua dengar. Tu yang si Moise Kean terkejut dijerkah terus sepak tersasar.

Tak caye tanya Trent.

He Is Virgil Van Dijk, Our No.4!

Baca yang lain