Meraikan Biar Bepada Dan Jangan Menyusahkan Orang

Semalam kecoh dengan sekumpulan pelajar yang berpakaian seragam sekolah dirakamkan ‘meraikan’ hari terakhir peperiksaan SPM bersama rakan-rakan mereka dengan cara yang agak liar.

Kalau takat conteng baju tu soal lain la. Itu soal kau nak membazir ke tak. Lantaklah, sebab tak membahayakan orang.

Ni kalau dah berarak, flash mob tengah jalanraya dengan berdiri atas bumbung kereta dan melakukan pelbagai kesalahan jalan raya. Memang kau kena dik oi.

Kejadian tu dilaporkan berlaku di pesisir Pantai Klebang, Bandar Hilir Melaka.

Mereka bukan sahaja mengganggu kententeraman awam. Malah berlagak dengan gaya samseng jalan raya, termasuk pelajar lelaki dan perempuan. Sampaikan orang awam yang di situ memberikan mereka laluan pulak.

Kita semua ni datang daripada alam persekolahan. Semua orang akan meraikan hari terakhir persekolahan. Tanda satu fasa persekolahan kau tamatkan.

Bagi aku tiada masalah. Aku tak naklah nak kondem cakap, ala dik lepas ni kau akan tahu alam dunia sebenar. Itu mereka akan lalui nanti.

Sebenarnya masing-masing ada pandangan. Kita kasi chance la diorang nak spend masa dengan kawan-kawan tu meraikan sama-sama. Dan kekadang rasa geram yang buatkan kita terkeluar ayat macam tu kan.

Padahal kita semua tak adalah nak tertutup sangat sampaikan mereka ni tak boleh nak enjoy hari terakhir sambil spend masa dengan kawan kawan.

Lepas ni ada yang tak jumpa terus dah, pun ada.

Tetapi semua benda kita buat ni ada batasnya. Buatlah perkara itu dengan adab. Kalau nak enjoy enjoy lompat lompat menari nari tu cari la tempat yang tak mengganggu orang. Pergi kat tepi pantai tu, korang poco-pocolah di situ.

Ni terbaru Astro Awani melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Hassan Basri Yahya mengesahkan mereka bertindak di atas aduan.

17 saman dikeluarkan kepada 17 pelajar lepasan SPM yang terlibat ni tadi. Banyak kesalahan termasukk tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan. Nasib baik kes rokok tak masuk sekali.

Kesemua kesalahan itu masing-masing 15 di Klebang dan dua di bandaraya Melaka.

Tapi aku harap korang akan berubah dan menjadi manusia berguna kepada negara.

Dah buat benda bodo tu kan tanggung je la. Haha. Itu memang hukum alam remaja.

Baca yang lain