Merajuk Kena Bebel Dengan Isteri, Lelaki Ini Tinggal Di ‘Airport’ 14 Tahun

Jika korang pernah menunggu penerbangan di lapangan terbang, korang pastiny tahu pengalaman tersebut. Di mana terdapat pelbagai jenis orang yang anda temui di sana. Ada yang mencari makan, ada yang membeli-belah, ada yang bergegas menaiki penerbangan dan ada yang bersantai santai di sana.

Tetapi pernahkah anda membayangkan akan tinggal di lapangan terbang?

Nah, seorang lelaki China yang ingin melarikan diri dari keluarganya telah tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selama lebih 14 tahun sekarang.

Wei Jianguo dari Beijing meninggalkan rumahnya pada 2008 selepas bergaduh dengan isterinya. Lalu dia pun merajuk kerana kena bebel dengan isterinya.

Isterinya bengang kerana Wei suka mabuk dan juga kuat merokok. Isterinya meminta dia meninggalkan tabiat itu. Lalu dia memutuskan untuk meninggalkan rumah demi arak dan rokok.

Sejak itu dia memilih untuk bermalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing, yang mempunyai tiga terminal. Dia tinggal di Terminal 2.

Lelaki itu menganggur dan suka tinggal di lapangan terbang. Kerana menurutnya dia boleh minum dan makan sesuka hati di situ.

Dia memberitahu China Daily: “Saya tidak boleh pulang ke rumah kerana saya tidak mempunyai kebebasan di sana.”

“Keluarga saya memberitahu saya jika saya mahu tinggal, saya terpaksa berhenti merokok dan minum. Jika saya tidak dapat berbuat demikian, saya terpaksa memberikan mereka semua elaun kerajaan bulanan saya sebanyak 1,000 yuan (sekitar RM661). Tetapi bagaimana saya hendak membeli rokok dan alkohol saya?”

Lelaki itu telah menyediakan dapur bergerak menggunakan periuk elektrik yang dibawanya dari rumah.

Pada masa lain, dia akan mengelilingi lapangan terbang untuk membeli makanan yang dia sukai.

Lelaki itu berkata dia telah diberhentikan kerja dan menerima subsidi kerajaan setiap bulan, yang berjumlah sekitar 1,000 yuan sebagai bantuan penganggur.

Selain daripada itu, dia suka dengan suasana di lapangan terbang yang berhawa dingin dan ramai pelancong baik hati yang memberinya wang sedekah apabila dia meminta.

Wei bukan satu-satunya orang seperti itu. Seorang pelarian bernama Mehran Karimi Nasseri dari Iran tinggal di terminal satu Paris Charles de Gaulle selama 18 tahun sehingga 2006 apabila dia dimasukkan ke hospital.

Dia terpaksa tinggal di sana kerana pihak berkuasa British tidak membenarkannya ke Britain dan pihak berkuasa Perancis juga menolak kemasukannya ketika itu.

Baca yang lain