Penasihat Red Bull Racing, Helmut Marko menjangkakan bahawa Mercedes akan menghubungi Max Verstappen untuk mendapatkan khidmat pelumba tersebut.
Verstappen merupakan musuh utama Hamilton di atas litar Formula 1 dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dan Mercedes sedia menjadikannya pengganti kepada pelumba Britain itu yang rasmi menyertai Ferrari pada musim 2025.
Juara dunia 7 kali itu sedia bergandingan dengan Charles Leclerc dalam pasukan berpangkalan di Itali itu.
Sejak pengesahan status Hamilton yang akan menyertai Ferrari itu, pasukan Mercedes menjadi perhatian dunia, dengan ramai yang ingin tahu siapakah penggantinya nanti.
Beberapa nama mulai dikaitkan dengan Mercedes termasuk Alexander Albon, Carlos Sainz, Fernando Alonso dan Oscar Piastri.
Dan kini nama Verstappen pula dalam senarai itu walaupun pemandu itu masih ada kontrak jangka panjang dengan Red Bull. Perkara itu disahkan sendiri oleh ayahnya, Jos Verstappen yang tidak menolak kemungkinan bahawa anaknya mungkin akan menyertai Mercedes.
🔴 URGENTE | Jos Verstappen ha confirmado a Toto Wolff que no descarta el fichaje de su hijo por Mercedes después de que Red Bull haya respaldado a Horner en la guerra interna.
Horner es un alonsista empedernido y ya se ha reunido con Briatore. No parará hasta darle el tercero. pic.twitter.com/hN1S0ksuIL
— Unai Cano (@unaicano10) March 3, 2024
Helmut Marko menegaskan bahawa, dia tidak terkejut kalau Mercedes mahukan Verstappen kerana pemandu itu sangat berbakat.
Namun dalam pada masa yang sama dia yakin Verstappen akan memilih untuk kekal kerana dia seorang yang setia.
Helmut berkata: “Saya akan lebih terkejut kalau mereka [Mercedes] tidak cuba mendapatkannya. Namun harus diingat, Max seorang pemandu yang sangat setia.
“Lewas pemandu yang luar biasa. Jika mereka memberikan Lewis kereta yang ‘boleh menang’ perlumbaan atau kejuaraan, maka mereka akan bersaing sampai ke akhir musim.”
Pada Sabtu, Verstappen menang mudah dalam aksi pembukaan di Bahrain selepas menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukan Sergio Perez dan pelumba Ferrari, Carlos Sainz.
Selepas tamat perlumbaan, Verstappen dilihat bercakap dengan CEO Mercedes AMG Petronas, Totto Wolff. Walaupun Wolff menafikan dia membincangkan tentang usaha mereka mahu mendapatkan Verstappen ke Mercedes musim hadapan.
Namun laporan menyebut bahawa ini bukan pertama kali Wolff beramah mesra dengan Verstappen. Wolff sebelum ini menjemput Verstappen untuk makan malam bersama.
Usaha Totto Wolff itu mendapat sokongan ramai peminat Mercedes kerana boleh menguatkan pasukannya dan melemahkan pesaing mereka Red Bull. Pada masa yang sama boleh menjadi pesaing kepada Hamilton musim akan datang kerana kedua dua pelumba itu saling bersaing sengit.
Os choques internos da Red Bull poderia levar Verstappen até a Mercedes?
Caso os rumores sobre mudança da ordem de forças para 2026 se concretizem, pode haver motivos para uma mudança a longo prazo.
Se Verstappen ativar uma possível cláusula de saída, não haveria falta de… pic.twitter.com/PVOTWeMlhM
— Mercedes-AMG F1 Brasil 🇧🇷 (@MercedesAMGF1BR) March 3, 2024
Musim lalu, pelumba asal Belanda itu memenangi 19 daripada 22 perlumbaan dalam prestasi sangat dominan.
Ditanya jika Verstappen boleh mengulangi pencapaian itu sekali lagi, Marko berkata: “Ada paramater haluan yang spesifik. Jika kamu tidak berada di kedudukan hadapan pada permulaan di Monaco atau Singapura, maka ianya sukar untuk kamu menang.
“Itu [mengulangi atau memecahkan rekod musim lalu] bukan matlamat utama kami. Sudah tentu kami mahu menghampiri rekod yang dianggap keputusan impian, namun pertandingan ini semakin sengit. Matlamat utama kami adalah menjadi juara.
F1 akan kembali dengan aksinya sekali lagi minggu hadapan dengan Grand Prix Arab Saudi di Jeddah.