Lewis Hamilton telah berada di kompleks Mercedes minggu ini ketika pasukan itu dalam persiapan untuk musim baharu Formula 1.
Dan Hamilton dijangka akan mengumumkan bahawa beliau akan terus kekal bersama pasukan kilang Mercedes itu selepas beberapa keraguan tentang masa depannya berikutan berakhirnya kempen 2021 yang penuh kontroversi.
Sebelum ini beberapa pihak mendakwa Hamilton sedang mempertimbangkan untuk bersara selepas kecewa dengan cara pengakhiran musim 2021 yang lalu.
Tetapi juara tujuh kali itu telah berada di kilang Mercedes F1 pada hari Isnin dan Selasa minggu ini menyelesaikan beberapa prosedur pramusim yang diperlukan jika dia berlumba.
Dia juga berkongsi beberapa video tentang dirinya melakukan latihan fizikal dan persediaan untuk musim baharu.
Pelumba yang berusia 37 tahun itu menunggu hasil siasatan perlumbaan terakhir musim lalu sebelum membuat keputusan muktamad mengenai komitmennya untuk F1 tahun ini.
Dan Mercedes sudah mengucapkan selamat kembali kepada pelumba mereka itu. Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Hamilton tentang, sama ada dia benar benar akan berlumba pada musim akan datang ini.
Welcome back, @LewisHamilton 🙏 pic.twitter.com/NVB8hNwCul
— Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team (@MercedesAMGF1) February 7, 2022
Sebelum ini Hamilton bengang kerana Pengarah perlumbaan Michael Masi gagal mematuhi peraturan dengan betul dalam menyelia kereta keselamatan pada perlumbaan terakhir musim, dan tindakannya memberikan impak secara langsung kepada Hamilton yang kehilangan mahkota kejuaraan kepada Max Verstappen dari Red Bull.
Hamilton tidak bercakap secara terbuka sejak perlumbaan tersebut, selain mesej ringkas di media sosial hujung minggu lalu di mana dia berkata: “Saya telah pergi. Sekarang saya kembali.”
Tetapi peristiwa Abu Dhabi musim lalu telah mengecewakan Hamilton dan menyebabkan dia hilang kepercayaan kepada FIA dan masih menunggu hasil siasatan mereka.
Menurut laporan BBC, Pemandu F1 itu dijangka bercakap dengan wakil badan induk itu minggu ini untuk membincangkan peristiwa Abu Dhabi dan apa yang boleh dipelajari serta diperbaiki daripada kesilapan Masi di sana, sebagai sebahagian daripada siasatan mengenai acara perlumbaan itu.
Bos FIA Peter Bayer kemudiannya akan membincangkan hasil penemuan siasatan itu dengan presiden Mohammed Ben Sulayem sebelum mereka mengemukakan cadangan mereka kepada presiden F1 Stefano Domencali dan pasukan pada mesyuarat Suruhanjaya F1 awal minggu depan, pada Isnin 14 Februari.
Hamilton dilaporkan hanya akan memutuskan sama ada dia benar benar berlumba dalam musi baru F1 tahun ini selepas hasil siasatan tersebut didedahkan.
Bayer membayangkan dalam temu bual bulan lalu bahawa Masi mungkin tidak akan kekal sebagai pengarah perlumbaan tahun ini.
Tanggungjawab peranan itu mungkin akan dibahagikan antara beberapa orang yang berbeza dan ramai tokoh kanan dalam F1 menganggap bahawa mengekalkan Masi sebagai pengarah perlumbaan bukanlah pilihan yang bagus selepas Abu Dhabi. Ramai telah hilang kepercayaan kepadanya dan F1. Sehingga menganggap perlumbaan F1 sekarang ini sudah dirancang untuk menjadikannya dramatik.
Well, the future remains undetermined, but it does appear that F1 has sullied its reputation. Red Bull's championship tweet got 59k likes, Lewis's "I'm back" got 426k
Lewis Hamilton breaks the internet with comeback post and gets one over Max Verstappen https://t.co/STz5vs645E
— Jason Ackery 3rd (@JasonAckery3rd) February 9, 2022