Ciro Immobile meneruskan kecemerlangan beliau musim ini. Ciro Immobile kini sudah mencetak 25 gol dalam Serie A untuk Lazio.
Secara langsungnya, ini telah menjadika Ciro Immobile sebagai penjaring terbanyak di lima liga utama teratas di Eropah.
Kualiti pemain Lazio ini sangat mengujakan pada masa ini. Beliau boleh menjaringkan gol dari mana-mana arah dan sudut permainan.
Immobile memiliki naluri serta penyudah yang sangat berbisa serta tajam. Menjadikan beliau sebagai pendahulu carta untuk kasut emas liga utama Eropah musim ini.
Matematik mudahnya, jika beliau meneruskan ratio gol yang dia ada sekarang, dia akan menamatkan musim dengan 40 gol di dalam liga.
Ciro Immobile gives Lazio the lead against SPAL ⚽️
24 Serie A goals this season 😱
Leading the race to win the Golden Shoe 🥇 pic.twitter.com/wivRQvsLUT
— Goal (@goal) February 2, 2020
Namun harus diingat bahawa bola sepak ini bukanlah satu matematik mudah. Ia memerlukan konsistensi dan juga kerjasama berpasukan. Seterusnya kecergasan juga memainkan peranan yang sangat penting.
Rekod jaringan terbanyak dalam sejarah Serie A setakat ini masih lagi milik Gonzalo Higuain dengan 36 gol semusim yang beliau catat pada musim 2015/16.
Immobile terus membuktikan kualiti beliau musim ini. Beliau menjadi antara penyerang dengan ratio gol yang sangat tinggi.
Sergio Aguero has the 2nd best Minutes Per Goal in Europe’s Top 5 League’s.
1. Haaland – 19.4mins
2. Aguero 69.4mins
3. Immobile 71.8mins
⚽️🇦🇷 #Aguero #ManCity pic.twitter.com/Y67elTxHbJ
— VON (@MEDIOVON) February 2, 2020
Semalam dalam aksi berhadapan dengan SPAL, beliau mencetak dua gol. Sekaligus mencipta satu rekod yang terbaik dalam sejarah Serie A setakat ini.
Immobile scores again 😳
25 goals in 21 league matches this season, no player in the history of Serie A has done better 🙌 pic.twitter.com/x7SSfj9VvC
— Goal (@goal) February 2, 2020
Immobile menjaringkan gol kedua peribadi beliau menentang SPAL dengan cara sangat jahat dan sangat cantik serta berseni.
Beliau menrima bola di tengah, melakukan nutmeg dan kemudian menggelecek keeper.
Immobile menarik penjaga gol ke kawasn byline dan kemudian menghukumnya dengan satu lob jahat.
Forget Ronaldo,
Immobile just did this😩😩😩 pic.twitter.com/BvdLeXEqIK— Obarooo❼ (@iamDestinez) February 2, 2020
Lazio menang 5-1 ke atas SPAL. Lazio mendahului menerusi Immobile seawal minit ke-3. Ia adalah naluri poacher yang sangat kuat di far post.
Caicedo menambah satu lagi gol pada minit ke-16.
Gol superb daripada Immobile muncul pada minit ke-29. Diikuti gol keempat oleh Caicedo dan juga Adekanye.
Gol saguhati SPAL hadir pada minit ke-59 menerusi Simon Missiroli.
Make that 2⃣5⃣ league goals this season — Immobile has now scored 10 more Serie A goals than today's opponents SPAL this season 👀 pic.twitter.com/QwVRGFM4lw
— WhoScored.com (@WhoScored) February 2, 2020
Lazio berjaya memastikan satu lagi 3 mata untuk mereka menangi, meneruskan lagi rentak kemenangan dengan menang 4 daripada lima perlawanan terkahir, serta satu lagi perlawanan adalah seri.
Korang boleh layan gol gol mereka di sini terutama sekali gol padu Immobile tersebut.
Kemenangan itu meletakkan Lazio kin menghuni tangga ke-3, dengan 49 mata. Mereka dibezakan hanya 5 mata daripada Juventus.
Lazio boleh dikira pencabar kejuaraan liga musim ini setakat ini, selain daripada Juventus dan Inter Milan, Atalanta dan juga AS Roma.
Immobile kini tengah bersaing dengan pemain seperti Cristiano Ronaldo serta Romelu Lukaku untuk perebutan kasut emas Serie A.
Persaingan kali ini nampak agak menarik untuk kita saksikan.
Prestasi cemerlang Immobile ini juga pastinya melegakan Roberto Mancini sebagai pengurus pasukan Itali. Ia diharap akan terus dikekalkan untuk membantu pasukannya dalam aksi Euro nanti.