Merseyside Terus Dicat Merah, Everton Dihumban Ke Zon Penyingkiran

Liverpool berjaya memenangi derbi Merseyside pada aksi ke-15 EPL musim ini.

Klopp melakukan beberapa rombakan skuad kerana isu jadual padat. Dan pada masa sama nak bagi peluang pemain yang baru cergas untuk mendapat lebih minit. Penting tu.

Yang paling  barai, ada juga tanya di mana Alisson. Adoi.

Tapi ramai juga anggap ia risiko kerana ini adalah Derbi. Klopp peduli taik semua tu kerana dia tahu Liverpool lepas ni ada hectic schedule.

Tak habis lagi sembang pasal line up, dan masih lagi tak order air, terus Divock Origi skor hasil umpanan Sadio Mane.

Gol kedua sekali lagi Sadio Mane mencipta assist yang sangat licik kepada Xherdan Shaqiri selepas hantaran cantik oleh Trent Alexander Arnold yang segera mengubah arah bola.

Everton merapatkan jurang gol menerusi Michael Kean yang melakukan ‘striker finish’ sangat tenang dan tepat – mengambil kesempatan daripada kekalutan dan kekelautan di dalam kotak penalti oleh Liverpool.

Divock Origi memastikan dirinya sebagai pemain yang gemarkan derbi Merseyside. Menerima hantaran Lovren dengan kawalan bola dan cushioning yang sangat baik.

Kredit kepada hantaran Lovren yang dirasuk roh Xabi Alonso selepas membaca artikel Alonso yang ditulis di Liverpool Half Space.

Kau tengok rekod Igi tu, dia kejar legend tu,

Tidak terhenti di situ, Sadio Mane terlibat sekali lagi terlibat secara terus dalam gol Liverpool menerusi gol keempat. Itu juga penglibatan secara terus Mane yang ketiga dalam gol ini.

Ianya satu serangan balas yang menyaksikan kegeniusan oleh 2 pemain. Arnold melakukan lay up kepada Mane yang merembat menggunakan kaki kiri – satu lencongan rendah dengan kaki lemah.

Dan Liverpool tidak terhenti di situ juga untuk dibolosi. Liverpool telah melepaskan 1 lagi bolos sebelum wisel rehat. Kali ini Everton memanipulasi kesilapan Liverpool dalam build up.

Richarlison menanduk masuk bola dan memberikan harapan kepada pasukan yang berpatchkan Angry Bird di baju itu sedikit harapan untuk menghampakan Liverpool.

Separuh masa kedua Liverpool lebih fokus untuk mengimbangi taktikal untuk tidak terlalu ofensif.

Kedua dua pasukan memiliki peluang gol terbaik.

Sadio Mane memiliki 2 peluang gol yang sepatutnya disudahkan.

Pertamanya ketika Mane menerima hantaran hensem daripada pemain hensem iaitu Jordan Handsomeson. Tetapi Mane merembat rendah dan bola tersasar.

Keduanya, Mane melepasi perangkap ofside. Dalam 1 lawan 1, Mane memilih untuk menggelecek penjaga gol. Ala, sebelum ini kan dia pernah cakap dia peminat Ronaldo Fenomeno.

Malangnya, dia terkena pressure yang sangat baik daripada Holgate dan tak mampu nak skor.

Tidak mahu membiarkan Mane kecewa seorang diri, Moise Kean memberikan solidariti untuk miss juga 1 lawan 1.

Apapun, Liverpool kita berjaya mengecat merah bandar Merseyside dengan keputusan 4-2.

Liverpool pastinya tersenyum riang dengan 3 mata

Eh ada lagi rupanya.

Kau ingat filem je ada end credit scene, Liverpool pun ada.

Pemain nombor 5 Liverpool menjaringkan gol ke-5. Satu penyudah yang tenang. Gini Wijnaldum ibarat Gini Wijnaldum di Holland pada minggu antarabangsa.

Liverpool menang 5-2 dan menghumban jiran biru kita balik dari Anfield ke zon penyingkiran.

Tahniah kepada Jurgen yang mencetak kemenangan ke-100 dalam EPL.

Selain itu Liverpool mencipta rekod tanpa kalah terbaru kelab.

Ok tu je la.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di