Turkiye berjaya melayakkan diri ke suku akhir EURO 2024 setelah berhempas pulas bertahan menentang pasukan Austria.
Turkiye melengkapkan senarai pasukan yang ke suku akhir Euro 2024.
Pemain pertahanan tinggi lampai Merih Demiral memberikan permulaan terbaik buat pasukan Turkiye dengan gol tandukan minit pertama lagi.
Demiral merupakan salah seorang pemain yang paling tinggi kadar keupayaan memenangi aerial duels sepanjang kejohanan kali ini.
Dan dia kemudian menambah gol pada minit ke-59. Membuatkan peminat peminat Turkiye menjadi euforia.
Perlawanan dikuasai oleh anak anak buah Ralf Rangnick yang berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-66 menerusi Geegoritsch.
Kemudian Turkiye perlu bertahan dengan sebaik mungkin kerana lawan mereka menghadirkan banyak sekali ancaman ke arah gol.
Paling mencuri perhatian adalah detik ketika gol Turkiye, Mert Gunok melakukan penyelamatan saat akhir perlawanan.
Gunok berjaya menafikan percubaan dari jarak kira-kira 2 meter oleh Christoph Baumgartner.
Detik itu dianggap sebagai salah satu detik paling ikonik dalam sejarah kejohanan Euro. Malah ada yang menganggap penyelamatan itu sebagai antara yang terbaik sepanjang zaman.
Mert Günok's incredible 95th-minute save 🤯😱#EUROLastMinute | @Hublot pic.twitter.com/N2AImAbc7A
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 2, 2024
Merih Demiral selepas wisel penamat datang bertanya kepada Mert Gunok: “Macamana kami melakukannya? Allah memberkati kamu saudaraku.”
😅 Merih Demiral'den Mert Günok'a:
"Oğlum Merto, nasıl çıkardın lan? Allah çarpsın!"
— Kartal Record (@KartalRecord) July 2, 2024
Data statistik xG yang digunakan untuk melihat keberangkatan gol menunjukkan xG untuk gol bagi percubaan saat akhir Austria itu adalah 0.94. Angka itu sangat sangat tinggi.
Di media sosial peminat membandingkan saves tersebut dengan penyelamatan Gordon Banks ketika menafikan percubaan Pele satu ketika dahulu dan penyelamatan oleh Peter Schmeichel ketika menentang Rapid Vienna.
Dan ramai setuju bahawa ini adalah saves yang lebih gila dan boleh dianggap terbaik pernah berlaku. Mengambil kira tekanan dan juga kepentingannya kepada pasukan Turkiye.
Mert Günok'un son dakika kurtarışının 6 farklı dildeki spiker anlatımı.
O an herkes çıldırmış.
— ibrahim Haskoloğlu (@haskologlu) July 2, 2024
Pasukan bimbingan Vicenzo Montella itu mara ke suku akhir untuk menempah pertemuan dengan Belanda yang berjaya menyingkirkan Romania dalam aksi lebih awal. Gol daripada Cody Gakpo dan Donyell Malen (dua gol) membolehkan skuad bimbingan Ronald Koeman itu mara dengan mudah.
Turkiye boleh dianggap pasukan dark horse untuk kali ini dan ramai yang percaya mereka boleh melakarkan kejutan di suku akhir nanti.
https://vt.tiktok.com/ZSYQ2QSaT/