Mesej Khabib Kepada McGregor Pada 2016 Ini Bukti Beliau Bukan Pengecut Seperti Didakwa Kem Notorious

Peminat Conor McGregor seringkali melabel Khabib Nurmagomedov sebagai pengecut dan tak  berani menentang lawan lebih kuat.

Walaupun selepas Khabib menang ke atas McGregor, kem The Notorious tetap menuduh Khabib pengecut kerana menurut mereka petarung itu mengelak rematch dengan McGregor.

Dan terbaru, Conor McGregor percaya bahawa Khabib Nurmagomedov bersara kerana takut untuk bertemu semula dengannya di octagon.

Conor McGregor yakin petarung dari Dagestan itu mahu mengelak rematch dengannya. Itulah sebabnya Khabib Nurmagomedov mengumumkan untuk bersara.

Walaupun sebelum ini Nurmagomedov memberitahu Jon Anik bahawa dia bersara kerana janji kepada ibunya dan ketiadaan ayahnya di sisi.

Bercakap di dalam Octagon selepas tamat pertarungannya dengan dengan Gaethje, dia dengan menangis menyatakan: “Hari ini saya ingin mengatakan ini adalah pertarungan terakhir saya.”

“Tidak mungkin saya datang ke sini tanpa ayah saya. Ketika UFC datang menghubungi saya mengenai Justin, saya bercakap dengan ibu saya selama tiga hari.”

“Dia [ibu] tidak mahu saya bertarung lagi tanpa ayah saya di sini. Saya sudah berjanji kepadanya bahawa ini akan menjadi pertarungan terakhir saya dan jika saya akan menunaikan janji saya kepadanya.”

Khabib Nurmagomedov telah menamatkan kariernya pada kemuncak dengan rekod 29-0. Dalam kariernya dilaporkan beliau cuma tewas dua pusingan.

Namun alasan itu tidak diterima McGregor. Walaupun the Notorious sudah mengumumkan perasaraannya kali ketiga, dia kelihatan masih mahu beraksi di octagon.

McGrgegor dan Khabib pernah bertarung dalam acara utama UFC 229 dan dari situlah perseteruan mereka bermula dan berlarutan.

Dalam pertarungan itu, Khabib mengunci McGregor dengan submission yang membuatkan petarung Ireland itu tapped out.

Tetapi, sesi soal Jawab Twitter, McGregor menyifatkan ada sebab tersirat yang lain mengapa bintang Dagestan itu memutuskan untuk menggantung sarung tangannya.

McGregor turut memuji Khabib sebagai pertarung UFC terbaik pada hari ini berdasarkan prestasi semasanya.

“Seorang petarung grappler yang luar biasa,” kata McGregor.

“Ketika ini dalam sukan ini, dia adalah terbaik. Namun, saya ada jawapan [untuk melawannya], dan mereka tahu [dia mengelak untuk rematch dengan saya].”

McGregor tuduh Khabib sentiasa melarikan diri

McGregor sudah berkali kali mengajak Khabib untuk rematch. Namun petarung Rusia itu tidak mahu pertarungan yang dibuat semata mata kerana wang dan tidak melalui laluan yang betul.

Ini kerana masih ramai petarung lain yang mahu peluang adil merebut kejuaraan.

McGregor berehat panjang dalam sukan UFC dan dia hanya muncul sekali selepas kepulangan semulanya. Kemudian mengumumkan persaraannya.

Khabib pernah menyatakan pertarungan yang hanya dibuat berdasarkan syok sendiri tidak akan memberikan apa apa manfaat kepada legasinya.

habib Nurmagomedov telah menamatkan kariernya pada kemuncak dengan rekod 29-0. Dalam kariernya dilaporkan beliau cuma tewas dua pusingan.

Namun Dana White menyatakan, beliau yakin Khabib Nurmagomedov akan kembali semula untuk menjadikan rekodnya 30-0.

Sebelum ini Khabib pernah berhasrat untuk bersara jika beliau berjaya mencapai rekod 30-0.

Pasukan kejurulatihan Khabib juga masih percaya petarung itu akan kembali untuk sekali lagi – sekurang kurangnya.

Ini kerana Khabib tak pernah menyatakan atau berbincang dengan mereka berkaitan perkara tentang persaraannya. Lalu mereka menyatakan bahawa kenyataan Khabib malam itu terlalu terbuai buai dengan emosi di atas apa yang telah menimpa dirinya dalam beberapa bulan ini.

Dana White memahami kenapa Khabib sangat emosi. Bermula daripada kehilangan ayahnya, Khabib juga menerima rawatan di hospital kerana kecederaan serius dalam persiapan beliau bertemu Gaethje.

Mesej Khabib kepada McGregor pada 2016

Peminat Khabib kemudian mencari semula tangkap layar mesej Khabib kepada McGregor pada 2006.

Di mana ketika itu Khabib dengan beraninya meminta pemegang gelaran juara UFC melawannya dalam satu pesanan teks peribadi.

McGregor baru sahaja dinobatkan sebagai juara ringan UFC ketika dia menghancurkan Eddie Alvarez di UFC 205 pada November 2016.

Nurmagomedov, yang berjuang dalam kad yang sama, memohon pertarungan menentang ‘The Notorious’ berikutan kemenangannya ke atas Michael Johnson.

Ya, walaupun Nurmagomedov ketika itu dianggap masih baru, dan McGregor pula sudah berada di kemuncak, namun The Eagles tak takut langsung.

Petarung Rusia itu kemudian berkongsi detik itu di Twitter. Pendedahan itu menggambarkan Conor McGregor mengelak pertarungan dengan The Eagles dan di situlah bermula istilah McChicken.

Selepas Khabib melabel McGregor suka melarikan diri seperti ayam [pengecut].

Khabib berkata kepada McGregor:

“Conor kamu adalah seorang Champion sekarang, kamu perlu bertarung dengan saya,” tulisnya.

“Sekiranya kamu melarikan diri setiap kali melihat cermin, kamu tidak akan menghormati diri sendiri, anak-anak kamu tidak akan menghormati kamu, [begitu juga] rakan kamu, keluarga kamu, tidak akan menghormati kamu.”

Seterusnya Khabib menunjukkan keyakinannya bahawa ketika itu, dia adalah lawan sebenar McGregor.

“Tolong mati seperti orang Samurai. Saya tahu saya bukan padanan yang bagus untuk kamu tetapi kamu adalah juara dan kamu perlu berjuang menentang yang terbaik. Tak apalah.”

“Mati seperti pahlawan Ireland sejati dan bukannya  lari seperti ayam.”

“Orang Ireland mempunyai sejarah dan perjuangan pada masa yang lama. Kamu perlu mewakili rakyat kamu dengan penuh kehormatan.”

Mesej itu adalah yang pertama selepas 2 tahun Khabib tidak menghantar mesej secara peribadi kepada Conor.

McGregor menyertakan kapsyen: “Saya ni jenis old school dan suka menyelesaikan perkara ini secara bersemuka, namun dia tak nak nak melakukan perkara yang seperti lelaki sebenar.”

“Masa untuk melupakannya Dana White.”

Nurmagomedov, sebagai juara ringan UFC, akhirnya bertarung dengan McGregor setelah petarung Dublin itu bertinju dengan Floyd Mayweather.

‘The Eagle’ memusnakhakn McGregor pada pusingan keempat pertandingan utama mereka di UFC 229.

Sejak dari hari itu Conor McGregor terus mencabar Nurmagomedov untuk pertarungan ulangan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan