Messi Akui Malu Dengan Perbuatannya Sendiri Ketika Menentang Belanda

Lionel Messi akhirnya tampil memberikan komennya tentang perbuatan panasnya ketika aksi berdepan Belanda.

Di mana pemain itu dilihat telah menembak pengurus Belanda Louis Van Gaal di tepi padang kerana pengendali itu bermain long ball memanjang.

Messi malah meraikan gol depan Van Gaal pada ketika itu.

Selepas tamat perlawanan, Messi menggelarkan pemain Belanda, Wout Weghorst sebagai bodoh.

Messi dan Weghorst hampir bertumbuk di terowong

Hubungan tegang antara Lionel Messi dan Wout Weghorst memang sudah bermula pada pertengahan aksi dan berterusan sehingga perlawanan tamat.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama Wehgorst menerima kad kuning kerana bantahan berterusan kepada pengadil ketika itu dia masih pemain simpanan.

Weghorst masuk minit ke-78 menggantikan Depay dan menjaringkan 2 gol yang mengikat Argentina.

Semasa bersiap untuk temu bual dengan wartawan, Messi menyedari kehadiran Weghorst sedang memerhatikannya.

Messi yang tak selesa lalu berkata: “Apa yang kau tengok tengok ni. Apa tengok tengok? Bodoh! Pergi kau ke sana tu.”

Keadaan agak tegang dengan Weghorst cuba pergi ke arah Messi mahu menyelesaikan perkara itu. Kerana dia bengang dipanggil bodoh.

Messi kelihatan sudah bersedia untuk bertumbuk dengan Weghorst. Dengan pemain Belanda itu cuba pergi ke arah Messi yang dianggap telah menghinanya.

Beberapa pemain Argentina menghalang Weghorst termasuk Lautaro Martinez dan Lisandro Martinez.

Sergio Aguero yang turut berada di tempat kejadian turut menenangkan keadaan.

Seterusnya Messi memberitahu wartawan dia memang tak suka dengan perangai Weghorst yang provokatif terhadap mereka.

Seterusnya Messi menganggap Louis Van Gaal sebagai terlaly banyak bercakap sebelun perlawanan dan tidak menghormati mereka.

“Saya tidak suka orang yang bercakap sebelum perlawanan,” kata Lionel Messi.

“Nombor 19 [Weghorst] masuk dan mula memprovokasi kami, berselisih dengan kami, mengatakan sesuatu kepada kami.”

“Jurulatih mereka juga tidak menghormati kami,” sambung Messi.

Weghorst kemudian menjelaskan dia ketika itu pergi kepada Messi untuk meminta maaf daripada pemain itu. Malangnya Messi terus memakinya.

Kini Messi akui malu dan kesal dengan perbuatannya.

Dia berharap generasi muda dan peminatnya tidak terikut ikut atau membela perbuatannya pada hari tersebut.

Messi berkata: “Saya tak suka dengan cara dan kelakuan saya hari itu. Namun momen itu sangat sarat dengan tekanan dan debaran. Benda benda macam tu berlaku seklip mata dan kamu tidak sempat untuk memikirkan perbuatan kamu.”

“Saya tak suka bersikap begini namun perkara seperti ini boleh berlaku.”

Messi menjadi juara dunia bersama Argentina. Satu koleksi piala yang dianggap pelengkap kepada kariernya yang gemilang.

Baca yang lain