Lionel Messi tampil memberikan komen beliau selepas insiden di mana penyokong mengamuk di dalam stadium ketika aksi pra musim Inter Miami berdepan Pilihan Hong Kong. Di mana tiket perlawanan tersebut sold out!
Nama Lionel Messi tidak dapat disenaraikan dalam skuad kerana kecederaan dialaminya.
Dalam aksi Piala Musim Riyadh sebelum perlawanan menentang Hong Kong XI ini, Messi diturunkan minit akhir, boleh dikatakan untuk cukup syarat, kerana peminat di Arab Saudi mahu melihat beliau beraksi.
Ini selepas Ronaldo tidak dapat beraksi kerana kecederaan betis.
Messi ketika itu masih belum cukup cergas. Masuk ke dalam padang ketika pasukannya sudah ketinggalan 6-0 di tangan Al Nassr.
Ketika tiba di Hong Kong pemain legenda Argentina itu mengalami kecederaan.
INTER MIAMI BOOED OFF THE FIELD IN CHINA 😡
The mood in Hong Kong turned sour after Messi didn't play in the #InterMiamiCF friendly. 40,000 fans chanted "Refund refund refund" and "Where is Messi?" (who sat on the bench). Beckham also booed post-match.pic.twitter.com/gjnbEfSRUr
— World Soccer Talk (@worldsoccertalk) February 4, 2024
Dan pengurus Inter Miami menyatakan dia tidak boleh mengambil risiko menurunkan Messi dalam perlawanan itu. Kerana pakar perubatan berpendapat, tindakan itu akan meletakkan Messi dalam keadaan lebih bahaya.
Selain tiada nama Messi, tiada juga nama Luis Suarez. Itu membuatkan peminat di Hong Kong marah dan meminta wang mereka dikembalikan.
Mereka mengeboo David Beckham dan Messi ketika kedua dua figura itu berada di atas padang.
Ada yang melabel Inter Miami sebagai scammer. Ini kerana ramai yang membeli tiket kerana mahu menyaksikan Messi seperti yang terpampang pada poster promosi. Ada yang menerajang gambar Messi.
The respect Messi getting in Hongkong is crazy 😭
— fan (@NoodleHairCR7) February 4, 2024
Malangnya bola sepak memang begitu. Pemain tidak pasti akan cergas pada hari perlawanan.
Dan akhirnya Messi pun disisihkan walaupun Inter Miami berdepan kecaman hebat.
Messi tampil bercakap kepada wartawan. Dia berkata bahawa nasib malang menimpanya, dan dia agak malu memikirkan kecederaan yang melandanya membuatkan peminat mengamuk.
“Ia adalah nasib malang yang menimpa saya pada hari perlawanan menentang Hong Kong XI. Pada perlawanan pertama saya di Arab Saudi, saya ada merasai kesakitan pada otot saya. Dan sebab itulah saya meninggalkan perlawanan.
“Dan pada perlawanan kedua saya bermain beberapa minit, untuk menguji bagaimana keadaan saya. Kerana saya sudah menjalani imbasan MRI dan menunjukkan ada kecederaan.
“Itu bukan kecederaan luar, sebab tu saya pun uji dan cuba bermain di Arab Saudi.
“Di Hong Kong kami melakukan latihan terbuka dan saya keluar untuk terlibat sesi tersebut. Sebab penyokong sangat ramai di situ, serta ada klinik bola sepak dengan kanak kanak di sana.
“Dan saya nak berada di sana untuk terlibat. Namun malangnya, kesakitan itu masih ada dan sangat sukar untuk saya bermain.
“Saya rasa malu apabila kecederaan di pangkal peha, otot saya yang tidak selesa membuatkan saya tak dapat bermain. Kerana saya sentiasa mahu terlibat.
“Saya berharap kami akan dapat kembali lagi ke sini dan bermain perlawanan di Hong Kong.”
“I couldn’t be in the Hong Kong game and it’s a shame because I always want to participate, I want to be there."
Lionel Messi expresses regret over not being able to play in Hong Kong
👉 https://t.co/dyCGCg66xE pic.twitter.com/An1U9zbTLU
— CNN Football (@CNNFC) February 6, 2024