Messi: Bermain Di Amerika Syarikat Adalah Impian Saya Dari Dulu

Lionel Messi meneruskan tradisi ayat yang seringkali digunakan di Eropah. Cuma kali ini beliau belum lagi ke Amerika syarikat tetapi sudah menyatakan ianya impiannya dari dulu lagi.

Masa depan Lionel Messi di Barcelona masa lagi tergantung. Ini selepas pemain tersebut sebelum melanjutkan kontrak beliau di Barcelona.

Baru-baru ini laporan mengatakan bahawa Paris St Germain berminat untuk membawa masuk Messi terutama Mauricio Pochettino yang mahukan Messi serta Dele Alli.

Selain daripada PSG, Manchester City juga antara pasukan yang terus dikaitkan dengan pemain kebangsaan Argentina itu.

Dan terbaru Messi memberitahu La Sexta: “Saya mahu bermain di Amerika Syarikat suatu hari nanti.”

“Ianya sentiasa menjadi salah satu impian saya. Namun saya tak tahu sama ada impian itu akan menjadi kenyataan.’

Kenyataan Messi itu agak mengejutkan ramai pihak. Kerana pada prestasi semasa beliau masih mampu bersaing di liga terbaik Eropah.

Namun ini bukan pertama kali Messi dikaitkan dengan francais Major League Soccer.

Sebelum ini ada pasukan yang cuba memancingnya. Seterusnya dalam tawaran Man City sebelum ini mereka juga menyertakan nama kelab di AS di bawah naungan pemilik mereka untuk Messi menamatkan fasa akhir kariernya dengan gaji sangat tinggi.

Jadi adakah Messi akan terus ke AS selepas ini? Ataupun transit dahulu di City dan kemudian ke AS?

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.