Messi Cuma Nak Simpan 7 Ballon d’Or, Satu Lagi Letak Kat Muzium Barca

Legasi Lionel Messi di Barcelona terlalu kuat. Walaupun dia pergi dengan cara yang Messi sendiri tak boleh terima. Namun Messi sentiasa menganggap Barcelona sebagai kelab ‘sepanjang hidupnya’.

Terbaru Lionel Messi dilaporkan mahu mendermakan Ballon d’Or kelapan miliknya ke muzim Barcelona, menurut laporan Daily Mail.

Ini untuk membolehkan peminat melihat sendiri bola emas yang pernah dimenangi legenda sepanjang zaman kelab itu.

Ketika artikel ini ditulis, Barca Universal melaporkan bahawa Ballon d’Or kelapan itu sudah rasmi dipamerkan di Muzium Barcelona.

Walaupun Ballon d’Or tersebut bukan dimenangi Messi bersama Barca, namun ianya sangat bermakna kerana ianya dimenangi Messi selepas dia membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022.

Kejuaraan Piala Dunia 2022 dianggap pelengkap bola sepak oleh Messi yang sudah memenangi segalanya di kelab dan peringkat antarabangsa.

Messi memutuskan untuk menyimpan 7 Ballon d’Or di rumahnya, dan yang kelapan akan diberikan kepada Barcelona.

Messi sebelum ini berpeluang untuk menyertai Barca secara percuma. Namun pemain itu sudah memutuskan untuk menyertai Inter Miami. Semuanya gara gara janjinya kepada Beckham beberapa bulan sebelum kontraknya tamat.

Selain itu, Marca melaporkan Messi tidak mahu kepulangannya akan meletakkan kelab itu dalam masalah kewangan. Dia pernah berkata, dia sudah bosan menjadi orang yang seringkali dipersalahkan media di Sepanyol.

Messi kini tinggal di Amerika Syarikat. Di mana dia dan keluarganya memang menyukai kehidupan di negara itu dan memang pernah merancang untuk tinggal di sana selepas Messi bersara.

Messi malah sudah membeli rumah di sana.