Messi Dedah Dia Maki Van Gaal: “Suruh Orang Main Cantik Tapi Kau Suruh Pemain Kau Long Ball Memanjang”

Lionel Messi akhirnya mendedahkan bahawa dia sengaja meraikan gol di hadapan Louis Van Gaal. Kerana dia hilang hormat kepada pengurus Belanda itu.

Louis Van Gaal menurut Messi seringkali memgingatkan orang lain agar bermain bola dengan sebaiknya. Ataupun bermain dengan cantik. Namun dalam aksi antara Belanda dan Argentin, Messi mendapatkan Van Gaal berterusan mengarahkan pemainnya bermain long ball.

Lantas Messi meraikan gol di hadapan Van Gaal. Tindakannya itu jelas tidak disenangi kem Belanda.

Selepas tamat perlawanan, Lionel Messi pergi ke arah Van Gaal dan menyatakan sesuatu kepada pengurus Belanda itu.

Messi berkata dia mempersoalkan  falsafah Van Gaal yang tidak kelihatan dalam perlawanan ini.

Dia ditenangkan oleh pegawai pasukan Argentina. Dan begitu juga dengan staf kejurulatihan Van Gaal yang meminta Messi bertenang.

Messi turut membidas Van Gaal yang menurutnya terlalu banyak cakap sebelum perlawanan.

Messi bercakap kepada wartawan: “Van Gaal memberitahu orang lain untuk bermain bola sepak yang bagus.”

“Namun apa yang pasukan dia lakukan adalah meletakkan pemain tinggi lampai dan kemudian melakukan long ball.”

Messi turut menunjukkan keraian yang sinis kepada Van Gaal. Bertanya di mana dia sekarang selepas pengurus itu dirasakan terlalu banyak cakap sebelum perlawanan.

Tindakan Messi itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Mujur keadaan kemudian kembali terkawal.

Argentina melepasi cabaran getir daripada pasukan Belanda. Argentina mendahului dengan 2 gol namun diikat Belanda pada babak akhir separuh masa kedua.

Perlawanan berlarutan ke masa ekstra dan kemudian ditentukan dengan penentuan penalti.

Argentina menang 4-3 dalam penentuan penalti. Kini Messi berpeluang untuk memperbaiki pencapaian 2014 bersama Argentina. Di mana ketika itu mereka mara ke final. Tetapi tewas dalam aksi final di tangan Jerman.

 

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun