Messi Dicium Lelaki Di Tengkuknya: “Dia Sangat Wangi Dan Baik Hati”

Telah tular satu video dan juga gambar yang ditangkap layar menunjukkan seorang lelaki mencium tengkuk Messi. Lelaki tersebut bernama Migue Granados. Ramai yang menganggap aksi itu kelihatan terlalu intim. Namun sebenarnya, ia adalah gimik yang diada adakan oleh Granados kepada Messi.

Di mana dia telah membuat kejutan sebelum wawancara itu dengan muncul tiba tiba daripada belakang Messi dan mencium leher Messi seperti watak romantik dalam filem dan berkata: “Bolehkah kita berbicara sayang?” Dia terus membuat wajah comel gitu.

Granados merupakan pelawak terkenal di Argentina itu yang turut signifikan dengan lawak ‘dark’. Dia menjelaskan bahawa Messi seorang yang sangat wangi. Granados berkata: “Messi sangat sangat wangi. Saya menciumnya 3 atau 4 kali. Saya sangat gemuruh sebelum wawancara dengan Messi. Kami bercakap tentang jam di dapur sebelum memulakan wawancara.”

Granados benar benar teruja dengan pengalaman untuk menemuramah Messi dalam program wawancara yang turut ditayangkan di ESPN itu.

“Messi dan Antonella berada di sana dengan sangat tenang dan kami menggunakan 3 buah kamera, kualitinya lebih baik daripada Avatar 2. Mencium Messi merupakan ciuman paling bermakna dalam hidup saya, selepas ciuman pertama saya ke atas isteri saya. Di tengah tengah rancangan, saya mencadangkan dia air bergas tanpa gula dan Messi terus bingkas bangun. Dia menunjukkan sikap semulajadinya dan kehebatannya.”

“Ketika kami keluar menuju ke kereta, Messi sempat berjalan di sekitar rumah dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami. Saya sangat gembira dengan apa yang berlaku. Messi dan Anto sangat sangat peramah orangnya.”

Sebagai tambahan, Migue Granados adalah anak kepada pemuzik dan pelawak Pablo Granados, dilahirkan pada tahun 1986 ketika bapanya masih jauh daripada mencapai kemasyhuran di negaranya. Ayahnya memulakan langkah besar dalam dunia glamor. Bermula ketika dia menyertai “Videomatch,” program yang dihoskan Marcelo Tinelli pada tahun 90-an.

Migue berkata bahawa wawancara ini adalah yang paling indah dan penting dalam hidupnya. Dia berasal dari Rosario, kampung halaman yang sama di Argentina dengan Messi.

Dalam wawancara tersebut Messi banyak berkongsi tentang kehidupannya di dalam dan di luar padang. Ini termasuk menjelaskan bagaimana dia dilayan dengan teruk di PSG dan hilang keseronokan di kelab PSG. Seterusnya Messi juga menyatakan bahawa PSG tidak pernah mengiktiraf dia sebagai juara dunia. Perkara itu dinafikan oleh Nasser Al Khelaifi yang menyatakan kelab ada mengadakan majlis meraikan Messi di pusat latihan.

Untuk melakukannya di dalam stadium, Nasser menganggap tindakan itu berisiko mengundang kecaman kerana PSG berpangkalan di Perancis – pasukan yang dikalahkan Argentina dalam aksi final Piala Dunia 2022.