Messi Direhatkan, Bakal Terlepas Aksi Menentang Man City

Seminggu selepas peristiwa Messi dikeluarkan dan dia kurang gembira dengannya, pemain itu kini terpaksa direhatkan.

Ini kerana Messi mengalami kecederaan di lututnya. Sebagai akibat daripada kejadian itu, Messi tidak disenaraikan dalam aksi berdepan dengan Metz.

Laporan rasmi tentang situasi Messi baru sahaja dikeluarkan oleh bahagian kecergasan pemain PSG.

Sejak menyertai PSG, Lionel Messi masih belum menjaringkan sebarang gol dalam 3 penampilan pertamanya. Dia hanya bermain sekali sebagai pemain kesebelasan utama.

Nampak gayanya peminat PSG perlu bersabar untuk menunggu Messi meraikan golnya.

Lebih merisaukan lagi, Lionel Messi dijangka tidak akan beraksi berhadapan dengan Manchester City dalam aksi kedua peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah.

Sebelum ini Pengurus PSG, Mauricio Pochettino mempertahankan tindakannya menggantikan Messi walaupun pemain itu jelas tidak gembira dengannya. Pochettino menyatakan bahawa dia terpaksa mengeluarkan Messi kerana mahu melindungi pemain itu daripada kecederaan serius.

Mauricio Pochettino telah mendedahkan apa yang diberitahu oleh Lionel Messi kepadanya setelah penyerang legenda itu digantikan semasa kemenangan kelab ke atas Lyon.

Pochettino: Messi baik baik sahaja

PSG dalam kedudukan untuk mencari kemenangan ketika Messi dikeluarkan. Di mana Lyon terlebih dahulu skor dan dibalas oleh Neymar. Lionel Messi dilihat menunjukkan reaksi tidak gembira dan dia tidak bersalaman dengan pengurus itu.

Bekas pemain Barcelona yang ikonik itu memulakan perlawanan Ligue 1 untuk pertama kalinya, sebelum ini hanya muncul sebagai pemain gantian dari bangku simpanan.

Messi bergandingan dengan Neymar dan Kylian Mbappe. Messi gagal menjaringkan gol walaupun memiliki beberapa peluang terbaik.

Mauro Icardi menjadi penjaring gol kemenangan lewat untuk PSG. Selepas tamat perlawanan, Pochettino menjelaskan tentang pertukaran dan insiden dengan Messi.

Pochettino menegaskan bahawa Messi baik baik sahaja dengan keputusan pengurus mengeluarkannya walaupun dia tidak menolak kemungkinan Messi tidak gembira dikeluarkan kerana masih terus mahu bermain.

Namun pengendali dari Argentina itu terpaksa mengeluarkan Messi kerana mahu melindungi pemain itu daripada kecederaan.

Messi dilihat berdepan dengan beberapa siri bentesan daripada lawan. Lalu Pochettino memutuskan agar pemain itu dikeluarkan awal. Sebab selepas ini PSG akan berdepan dengan banyak perlawanan penting lagi.

β€œSaya mengambil keputusan untuk mengeluarkan Leo untuk melindunginya dari kemungkinan cedera. Kami mempunyai beberapa perlawananpenting yang akan datang dan kami ingin melindunginya, ”kata Pochettino.

β€œIni adalah keputusan yang kami buat untuk kebaikan pasukan. Semua orang tahu bahawa kita mempunyai ramai pemain hebat.”

β€œKami mempunyai skuad 35 pemain yang sangat besar. Maka kita harus membuat pilihan. Dengan 11 orang yang mesti memulakan dan kemudian kita harus membuat keputusan semasa pelawanan.”

β€œKadang-kadang pilihan ini membuahkan hasil dan kadangkala tidak. Tetapi itulah sebabnya kami berdiri di hadapan bangku simpanan memikirkan apa yang harus dilakukan. Dan keputusan yang harus anda buat, sama ada semuanya berjalan lancar atau tidak. Sama ada anda suka atau tidak.”

Pengurus PSG itu seterusnya mengesahkan bahawa Messi sudah bercakap dengannya tentang keputusan itu dan pemain itu menerimanya.

β€œSelepas itu, Messi memberitahu saya bahawa dia baik baik dengan keputusan itu.”