Messi Gelar Weghorst Bodoh Dan Hampir Bertumbuk Di Terowong

Selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022, Belanda vs Argentina, Lionel Messi menggelar seseorang dengan panggilan bodoh.

Dipercayai panggilan kesat itu ditujukan kepada penyerang supersub Belanda, Wout Weghorst.

Pertempuran suku akhir Piala Dunia 2022, Belanda vs Argentina, berlangsung dengan sangat dramatik. Bayangkan Belanda menyamakan kedudukan dengan gol licik daripada sepakan percuma pada minit ke-101 kemudian kalah dalam penentuan penalti.

Pasukan kebangsaan Argentina berjaya menumbangkan pasukan kebangsaan Belanda di Stadium Ikonik Lusail.

Argentina mendahului 2-0 hasil jaringan Nahuel Molina (35′) dan Lionel Messi (73′).

Bagaimanapun, Belanda mampu menjadikan kedudukan 2-2 hasil dua gol daripada Wout Weghorst (83′, 90+11′). Perlawanan kemudian berlarutan ke masa tambahan.

Kedua dua pasukan gagal menambah gol dalam extra time tersebut dan penentuan penalti digunakan untuk menentukan siapakah pemenang.

Dua pemain Belanda gagal dalam penalti mereka iaitu Virgil van Dijk dan Steven Berghuis.

Sementara itu Argentina cuma seorang sahaja yang gagal. 4 Lagi berjaya iaitu Lionel Messi, Leandro Paredes, Gonzalo Montiel dan Lautaro Martinez.

Aksi Argentina dan Belanda berlangsung sangat panas. Pengadil terpaksa mengeluarkan 17 kad kuning dan satu kad merah dalam aksi panas Belanda vs Argentina.

Secara keseluruhan selama 120 minit, terdapat sebanyak 48 foul yang terkumpul dalam perlawanan ini.

Messi dan Weghorst hampir bertumbuk di terowong

Hubungan tegang antara Lionel Messi dan Wout Weghorst memang sudah bermula pada pertengahan aksi dan berterusan sehingga perlawanan tamat.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama Wehgorst menerima kad kuning kerana bantahan berterusan kepada pengadil ketika itu dia masih pemain simpanan.

Weghorst masuk minit ke-78 menggantikan Depay dan menjaringkan 2 gol yang mengikat Argentina.

Semasa bersiap untuk temu bual dengan wartawan, Messi menyedari kehadiran Weghorst sedang memerhatikannya.

Messi yang tak selesa lalu berkata: “Apa yang kau tengok tengok ni. Apa tengok tengok? Bodoh! Pergi kau ke sana tu.”

Keadaan agak tegang dengan Weghorst cuba pergi ke arah Messi mahu menyelesaikan perkara itu. Kerana dia bengang dipanggil bodoh.

Messi kelihatan sudah bersedia untuk bertumbuk dengan Weghorst. Dengan pemain Belanda itu cuba pergi ke arah Messi yang dianggap telah menghinanya.

Beberapa pemain Argentina menghalang Weghorst termasuk Lautaro Martinez dan Lisandro Martinez.

Sergio Aguero yang turut berada di tempat kejadian turut menenangkan keadaan.

Seterusnya Messi memberitahu wartawan dia memang tak suka dengan perangai Weghorst yang provokatif terhadap mereka.

Seterusnya Messi menganggap Louis Van Gaal sebagai terlaly banyak bercakap sebelun perlawanan dan tidak menghormati mereka.

“Saya tidak suka orang yang bercakap sebelum perlawanan,” kata Lionel Messi.

“Nombor 19 [Weghorst] masuk dan mula memprovokasi kami, berselisih dengan kami, mengatakan sesuatu kepada kami.”

“Jurulatih mereka juga tidak menghormati kami,” sambung Messi.

Baca yang lain