Pemain bintang Inter Miami, Lionel Messi meluahkan kemarahannya terhadap peraturan baru Major League Soccer yang memaksa pemain yang cedera diketepikan selama dua minit, dengan berkata: “Peraturan jenis ini…ia peraturan yang mengarut ni, teruk.”
Detik Messi meluahkan kekecewaan itu berlaku pada perlawanan Inter Miami menentang Montréal pada malam Sabtu.
Pada minit ke-40 perlawanan, pemain pertahanan Montréal George Campbell mengasari penyerang Argentina itu, memaksanya dikeluarkan serta-merta sambil memegang lututnya.
Kakitangan perubatan Miami bergegas ke tempat kejadian untuk merawat pemain itu, tetapi Campbell tidak menerima kad kuning untuk insiden itu.
Disebabkan oleh peraturan MLS baharu yang menyatakan: ‘Jika pengadil menghentikan seketika permainan kerana kemungkinan kecederaan pemain di mana pemain kekal berada di atas permukaan tanah selama lebih daripada 15 saat dan kakitangan perubatan memasuki padang permainan, pemain mungkin dikehendaki meninggalkan padang. Dan wajib berada di luar padang selama dua minit.’
Peraturan itu sebenarnya dibuat untuk membanteras tindakan ramai pemain yang sengaja melengahkan perlawanan dengan meraung berguling atas padang.
Namun berbeza untuk kes Messi. Dia tidak berlakon, sebaliknya pasukannya cuba menyegerakan permainan ketika ketinggalan 2-0. Dalam keadaan Messi mahu mengambil sepakan percuma itu, pasukannya pula dipaksa bermain 10 pemain untuk 2 minit.
Saksikan:
"Con este tipo de regla…mal vamos".
Esto dijo Messi por la nueva regla en la que si un jugador sale por atención a médica, debe esperar 2 minutos para volver a ingresar.pic.twitter.com/oFB7VTt84b
— Messismo (@Messismo10) May 12, 2024
Messi dikeluarkan dari padang pada saat yang genting, selepas kekasaran itu. Di mana kekasaran itu memberikan Inter Miami sepakan percuma.
Masalahnya, pakar sepakan percuma mereka tidak dibenarkan masuk sebelum dua minit di luar padang.
Semasa beliau berada sebentar di garisan tepi, pemain itu menoleh ke kamera untuk menyatakan rasa tidak senang sambil menggelengkan kepalanya dengan marah.
Selepas perlawanan itu, jurulatih Miami Gerardo Martino menyatakan kekecewaan pasukan terhadap peraturan baharu itu dengan menambah: “Ada situasi yang mesti disemak semula.
“Dalam situasi Leo, dia jelas dikasari. Pemain itu layak menerima kad kuning, yang bermakna Messi tidak perlu dipaksa meninggalkan padang selama dua minit.
“Seperti yang saya faham, pasukan yang mengalami kekasaran itu telah dihukum. Dengan peraturan baharu ini, terdapat situasi yang mesti disemak.
“Pelanggaran itu jelas dan merupakan kad kuning, dan akhirnya kami pula yang kehilangan Leo selama dua minit.”
Pasukan itu kemudiannya mengalami satu lagi peraturan baru MLS apabila Luis Suárez gagal keluar dari padang dalam masa kurang 10 saat apabila dia digantikan oleh Leo Campana pada minit ke-92.
Langkah perlahan Luis Suárez ke bangku simpanan memaksa pengadil keempat menangguhkan pertukaran itu selama satu minit, menyebabkan Miami berkurangan kepada 10 orang pada saat-saat akhir perlawanan.
“Dalam kes Suárez, kami mempunyai perbezaan yang sangat penting dengan pengadil keempat berkenaan dengan minit itu.
“Kami fikir Suárez keluar dari padang dalam masa kurang seminit, dia tidak melihatnya begitu dan oleh itu kemasukan Leo Campana ke dalam permainan pula ditangguhkan,” kata Martino.
Menurut MLS, peraturan menyatakan bahawa “Jika berlaku penggantian yang lebih daripada satu dibuat pada masa yang sama oleh satu pasukan, setiap pemain yang meninggalkan perlawanan mesti meninggalkan padang permainan dalam masa 10 saat selepas Pegawai Keempat menaikkan papan penggantian untuk perubahan terakhir.”
Di sebalik isu di luar padang, kemenangan itu memberi inspirasi kepada Inter Miami untuk meneruskan cengkamannya di puncak liga zon Persidangan Timur dengan 27 mata dalam 13 perlawanan dan rekod 8 kemenangan 2 seri dan 3 kalah.