Lionel Messi mengakui Pep Guardiola telah menjadikannya pemain yang celik taktik dalam bola sepak.
Guardiola seringkali menganggap Messi sebagai pemain terbaik pernah dia uruskan. Dan Messi juga kerap memberikan penghargaan kepada Guardiola sebagai pengurus yang membantu pembangunan kariernya.
Messi mendapat debut di bawah Guardiola dan sejak itu dia terus menjadi pemain elit. Kini Messi sudah ada 8 Ballon d’Or.
Ketika mengendalikan Messi, Guardiola telah memberikan peranan false 9 kepada pemain itu. Dan dia berjaya menjadi penjaring gol yang luar biasa.
Banyak analisis taktikal memuji kegeniusan gandingan Messi dan Guardiola ketika mereka bergandingan di Barcelona.
Messi dilihat sebagai pemain sangat bijak dalam taktikal. Dia tahu cara menyerang ruang, mencipta ruang dan meletakkan dirinya di posisi terbaik.
Terbaru, Messi mengakui dia adalah pemain yang tidak pernah memikirkan soal taktikal secara mendalam sebelum kenal Guardiola.
Dia hanya bermain bola mengikut posisi ditetapkan dan cuba menggelecek dan menjaringkan gol. Messi berkata: “Saya tidak kisah sangat pasal taktikal sebelum itu. Kemudian dengan Guardiola barulah saya belajar banyak perkara.
“Guardiola adalah orang yang mengajar saya banyak perkara tentang taktikal, ruang, penguasaan bola. pengurusan organisasi permainan dengan bola.
“Bola sepak berevolusi di mana sesebuah pasukan boleh bermain dengan sistem 4-4 [di belakang dan di tengah] atau menggunakan 5 pemain di pertahanan. Jadi kamu berlatih dengan banyak untuk menjadikan permainan kamu kompleks dan sukar dibaca.
“Pasti ada banyak ruang dan permainan pada hari ini lebih katikal dan fizikal berbanding dahulu.”
"I didn't pay much attention to tactics, then with Guardiola I learned a lot. It was Guardiola who taught me a lot about tactics, spaces, ball possession, management of games with the ball…
— Caño Football (@CanoFootball) June 23, 2024
Tahun lalu, Zinedine Zidane pernah menyatakan bahawa dia sangat mengagumi Messi. Zidane memberikan penghargaan kepada Lionel Messi kerana masih menjadi pemain no.10 sejati yang boleh dia saksikan di atas padang.
Zidane turut menyatakan dia agak kesal kerana tidak pernah berpeluang beraksi dalam pasukan yang sama dengan Lionel Messi.
Kembali ke cerita no.10, Zidane berkata: “Pada hari ini, no.10 tak sepenting seperti dahulu. Kita bercakap tentang realiti pada hari ini di mana no.10 semakin hilang tempat dalam posisi permainan di atas padang.”
“Jika kamu bermain 4-3-3 atau 4-4-2, kamu tahun kan bahawa no.10 itu sudah hilang.”
Messi membalas: “Dah tak ramai pemain no.10 yang ada sekarang ini. Pasukan banyak bermain 4-3-3 dan memerlukan pemain lebih berada di posisi dalam berbanding no.10 [yang bebas].”
“Ia sudah tak seperti dulu, di mana no.10 adalah simbol kepimpinan di tengah padang, pemain penghubung [linking up player], itulah yang kita gelar mereka dulu.”
“Hari ini lebih banyak pasukan bermain dengan no.10. Mereka lebih banyak beroperasi dengan inside forward. Ia tidak sesuai dengan sistem no.10, sama juga dengan 4-4-2.”
“Jadi, benarlah bahawa semakin kurang no.10 yang tinggal pada hari ini.”
Inside forward adalah pemain yang bermain di sayap dan kemudian masuk ke dalam kotak penalti apabila menyerang.
Zidane kemudian berkata: “Syukularlah kerana kamu masih bermain dan masih menjadi no.10 yang wujud pada hari ini.”
Messi and Zidane talking about how the number 10 position is lost in today’s football and there are very few left
Zidane: “Well thank godness you still play.” ❤️🇫🇷 pic.twitter.com/hVP1r0F1uH
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) November 9, 2023