Messi: ‘Ingatkan Cuti, Saya Dah 2 Kali Tangguhkan Trip Ke Arab’

Lionel Messi akhirnya mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi menerusi satu video ringkas.

Lionel Messi sebelum ini menjadi subjek kecaman peminat kerana dianggap tidak berdisiplin.

Di mana Messi telah ponteng latihan pada sebelah Isnin selepas kekalahan di tangan Lorient pada Ahad.

Kempen anti Messi dilancarkan segelintir peminat PSG yang menyorak: “Messi anak perempuan sund*l.”

Mereka mahu PSG segera menghalau Messi daripada kelab itu.

Ianya berikutan kenyataan rasmi daripada kelab yang mengenakan tindakan disiplin ke atas Messi kerana tidak datang ke latihan, malah terbang ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab.

Messi dilaporkan bercuti bersama dengan keluarganya.

Keadaan itu membuatkan peminat benar benar marah!

Messi digantung 2 minggu oleh kelab itu dan akan diarahkan menjalani latihan berasingan daripada pemain pemain lain.

Messi minta maaf!

Messi dengan suit hitam meminta maaf secara terbuka kepada rakan rakannya.

Messi berkata: “Saya ingatkan kita akan mendapat hari rehat selepas perlawanan, seperti selalunya.”

“Saya ada satu perjalanan yang sudah diatur dan saya tidak boleh membatalkannya lagi, kerana sudah dua kali saya membatalkannya sebelum ini.”

“Saya memohon maaf kepada rakan rakan ssepasukan. Dan saya menunggu apa tindakan kelab ke atas saya.”

Kenyataan Messi itu selari dengan laporan Fabrizio Romano sebelum ini. Di mana Fabrizio Romano ketika itu menyatakan bahawa, PSG telah mengubah jadual latihan secara mengejut pada Isnin yang awalnya merupakan hari rehat untuk pemain.

Messi sudah berada di pesawat ketika dia dimaklumkan tentang perubahan itu dan tidak dapat membatalkan perjalanan ke Arab Saudi itu.

Messi sebelum ini sudah 2 kali membatalkan rancangannya ke Arab Saudi kerana kelab.

Messi akan menjadi ejen bebas pada akhir musim ini. Juara Dunia 2022 itu dikaitkan dengan kelab seperti Barcelona, Al Hilal dan kelab di MLS.

Al Hilal dilaporkan menawarkan Messi kontrak 2 kali ganda daripada Ronaldo di Arab Saudi. Di mana kelab itu sedia membayar Leo Messi €400 juta semusim.

Rundingan antara Messi dan Al Hilal malah sudah bermula bulan lalu lagi. Namun belum ada apa apa yang dimuktamadkan setakat ini.

Baca yang lain