Messi Kecewa Dengan Mulut Laporta Yang Boleh Mencalarkan Reputasinya

Messi telah megecam presiden Barcelona, Joan Laporta, buat pertama kalinya. Sebelum ini hubungan Messi dengan Laporta sangat baik.

Namun selepas beberapa siri penipuan Laporta tentang situasi Messi membuatkan pemain itu sudah tak tahan lagi.

Baru baru ini Laporta menyatakan bahawa Messi sebenarnya boleh terus kekal di Barcelona. Membuatkan pemain itu benar benar terluka dengan kenyataan itu.

Laporta menegaskan bahawa Messi boleh kekal di Barca jika dia mahu bermain secara percuma.

Laporta berkata: “Saya benar benar berharap Messi akan membuat pusingan U dan menyatakan bahawa dia mahu bermain di sini secara percuma.”

“Saya nak buat macam tu jika saya dapat. Pada pandangan saya, jika Messi sanggup bermain percuma, La Liga akan menerimanya. Namun takkanlah kami nak mintak pemain macam Messi bermain percuma kan?”

Kenyataan Laporta menggambarkan bahawa Messi sudah memutuskan mahu ke PSG ketika dia menegaskan berharap Messi akan U Turn.

Messi membidas Laporta dengan menyatakan bahawa Laporta tak pernah pun meminta Messi bermain secara percuma untuk kelab yang dia sayangi.

Sebaliknya Messi hanya diberitahu bahawa kelab dalam situasi krisis kewangan. Pemain pemenang Ballon d’Or enam kali itu menyatakan bahawa beliau sudah sedia menerima pengurangan gaji 50% daripada persetujuan asal mereka.

Tanda Messi sanggup berkorban demi Barcelona. Namun malangnya, pada saat saat akhir Barca memberitahu bahawa mereka tidak boleh memberikan Messi kontrak baharu dan terpaksa melepaskan pemain itu.

Messi menyatakan bahawa dia sudah melakukan segalanya untuk kekal.

“Saya cuba segalanya untuk kekal, tak pernah sekali pun dia tanya kalau saya nak main percuma untuk mereka.”

“Saya sanggup menerima pemotongan gaji 50% dan saya lakukannya tanpa masalah. Keutamaan kita masa tu adalah membantu kelab. Saya dan keluarga saya semua berazam mahu terus kekal di Barca.”

“Tiada seorang pun pernah tanya saya, nak ke saya main free dengan mereka, seperti mana yang dikatakan tuan presiden. Mereka [Barca] melukakan hati saya, kerana saya rasa dia tak patut menyatakan perkara itu. Itu ibarat kamu melakukan sesuatu itu tanpa memikirkan kesannya.”

“Kenyataan itu akan membuatkan orang ramai berfikir banyak perkara dan meragui kesetiaan saya yang tidak sepatutnya berlaku.”

Messi kemudian menegaskan bahawa beliau sentiasa mahu kembali ke Barca suatu hari nanti untuk menjadi jurulatih ataupun pengarah teknikal untuk membantu kelab itu.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan