Messi Kini Cuma 8 Gol Di Belakang Ronaldo Untuk Gol Terbanyak Peringkat Kelab

Lionel Messi terus cemerlang mencetak gol di Inter Miami. Terbaru Messi menambah 1 lagi koleksi golnya untuk membantu Inter Miami menang 4-1 ke atas Philadelphia Union pada aksi separuh akhir Piala Liga Amerika Syarikat.

3 lagi gol Inter Miami disumbang oleh Josef Martinez, Jordi Alba dan David Ruiz. Pihak lawan cuma mendapat gol saguhati menerusi Alejandro Bedoya.

Inter Miami mara ke final untuk menunggu lawan di antara Monterrey atau Nashville.

Messi kini mencatatkan 713 gol di peringkat kelab. Dengan 672 daripadanya adalah ketika dia bersama Barcelona.

Kini dia sudah menjaringkan 9 gol daripada enam penampilan pertamanya bersama Inter Miami.

Messi sudah bermain 859 kali untuk kelab dengan mencetak 713 gol. Merapatkan lagi jurang gol beliau dengan seteru utamanya, Cristiano Ronaldo yang juga masih aktif bermain pada ketika ini.

Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya bersama Al Nassr di Arab Saudi. Terbaru dia mencetak 2 gol pada aksi final Piala Juara Juara Arab.

Menjadikan rekod Ronaldo kini 721 gol di peringkat kelab.

Jadi pemenang Ballon d’Or 7 kali itu hanya memerlukan 8 gol lagi untuk menyamai Ronaldo.

Messi sedar tugas itu bukan mudah kerana Ronaldo juga terus mengganas di bumi Saudi Arabia.

Sejak menyertai Inter Miami, Messi telah membantu kelab itu mencipta 6 kemenangan. Dengan 20 gol dicetak sejak dia tiba berbanding 13 gol pada 12 gol aksi terakhir mereka.

Ternyata David Beckham membuat kerja luar biasa mampu meyakinkan Messi untuk menyertai Inter Miami.

Messi pernah menyatakan bahawa dia ke Inter Miami untuk menikmati bola sepak lebih santai di MLS. Selepas Messi merasakan misi bola sepaknya sudah selesai sebaik sahaja dia memenangi Piala Dunia 2022 bersama Argentina.

Dia ditawarkan gaji luar biasa oleh Al Hilal sebelum ini. Namun Messi memilih AS kerana alasan keluarga.

Menurutnya anak dan isterinya menyukai Amerika Syarikat berbanding tempat lain selain Barcelona dan Argentina.

Mereka seringkali bercuti di Amerika Syarikat apabila ada kesempatan ketika Messi masih bermain di Eropah.

Messi juga mahu membalas balik pengorbanan keluarganya yang menurutnya telah menanggung kesusahan ketika mereka mula pindah ke PSG kerana pada masa itu Messi kurang perancangan untuk berpindah ke tempat baharu.

Di AS dia sudah terbiasa dengan tempat di sana malah sudah memiliki rumah di situ.