Lee Kang In meminta maaf kerana terlibat dalam pergaduhan dengan rakan sepasukan sehingga menyebabkan jari Son Heung Min dislocated hampir patah.
Lee Kang-In digelar Messi Korea kerana kelincahannya dan prospek masa depan negara itu.
Sebelum ini ada laporan menyebut Lee Kang In bergaduh dengan Son Heung Min. Perkara itu sudah dinafikan ejennya. Di mana sebenarnya, Lee Kang In bergaduh dengan pemain lain.
Dan Son selaku kapten cuba meleraikan mereka dan tercedera kerana Lee Kang In.
Lee Kang In yang baru berusia 22 tahu telah membuatkan pemain senior tak puas hati kerana terus meninggalkan dewan makan untuk bermain ping pong.
Dia dan beberapa pemain Korea Selatan lain yang pergi keluar awal ketika itu dianggap biadap.
Laporan sebelum ini menyebut, Son Heung Min sempat merentap kolar baju Lee Kang In dan menolaknya.
Akibat pergelutan itu, Son Heung Min cedera. Kejadian itu berlaku sebelum aksi separuh akhir Piala Asia, di mana Korea Selatan disingkirkan Jordan selepas itu.
Lee Kang In membuat permohonan maaf terbuka di media sosial. Dia menulis: “Terdapat laporan tentang pergelutan saya dengan Son menjelang aksi separuh akhir Piala Asia.
“Saya telah menjadi punca kepada kekecewaan semua peminat yang menyokong pasukan kebangsaan ini. Saya minta maaf.
“Saya seharusnya mendengar kata pemain yang lebih tua daripada saya, dan saya meminta maaf kerana bersikap biadap.
“Saya meminta maaf kepada ramai pihak yang kecewa dengan sikap tidak baik saya. Saya faham perasan penyokong terhadap saya.
“Bermula hari ini, saya akan cuba menyokong pemain pemain senior dan menjadi pemain dan manusia yang lebih baik.”
Sumber dalaman pasukan itu, sebelum ini menjelaskan tentang laporan ada pergaduhan di kem Korea Selatan.
Sumber itu berkata: “Pergelutan itu tiba tiba tercetus. Ada beberapa pemain muda makan cepat cepat dan meninggalkan pemain skuad lain, untuk bermain ping pong.
“Son kemudian meminta mereka kembali ke dewan makan, dia meminta dengan sopan dan cakap elok elok agar mereka ini duduk balik bersama pemain lain. Namun ada pemain yang mengeluarkan kata kata kesat kepadanya.
“Tiba tiba, dalam beberapa saat, pergaduhan tercetus. Dan pemain pemain ini terpaksa dileraikan.
“Son cedera dengan teruk di jarinya, ketika dia cuba menenangkan semua orang.”
Reputasi Lee Kang In di Korea Selatan ketika ini semakin dipersoalkan. Ramai yang menuduh dia semakin besar kepala kerana menyarung jersi PSG. Dan mungkin merasakan dia lebih hebat daripada Son Heung Min, untuk menjadi bintang utama pasukan.
Dalam pasukan Korea Selatan, mereka kuat berpegang pada adab menghormati orang lebih senior. Perkara itu yang cuba diberitahu Son kepada pemain pemain muda ini agar tidak lupa dengan adab.
Lee Kang In akui dia sudah banyak belajar daripada apa yang berlaku.
Peminat juga meminta Lee Kang In ditarik balik pengecualian daripada latihan ketenteraan. Ada juga yang meminta dia bersara awal sahaja jika sikap toksiknya itu masih ada.
Korean Netizens Demand Lee Kang In Be Stripped Of Military Exemption Amid Backlashhttps://t.co/PFIS9W6X7l
— Koreaboo (@Koreaboo) February 15, 2024